Kenyataan Media

Tragedi Dirang: Di manakah perikemanusiaan?

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

15 Mac 2012

TRAGEDI DIRANG: DI MANAKAH PERIKEMANUSIAAN?

IKRAM merakamkan perasaan sedih dan dukacita yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurul Nadirah (Dirang) Abdullah yang disyaki dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang seminggu yang lepas. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan keluarga Allahyarham yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Dirang. Sesungguhnya, nama Dirang akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.

Read More »

Anwar tidak bersalah dan dibebaskan

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.

Read More »

Himpunan 901: Pendirian IKRAM

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

7 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433

HIMPUNAN 901

IKRAM amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. Dalam membuat pendirian ini, IKRAM dipandu oleh prinsip-prinsip Syariat yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.

Read More »

Respons MAFREL terhadap Cadangan Pembaharuan Proses Pilihan Raya oleh SPR

Kenyataan Akhbar
22 Disember 2011

Suruhan Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan pada 19 Disember 2011 beberapa pembaharuan dalam proses pilihan raya negara. Antaranya yang disebutkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ialah berhubung penggunaan dakwat kekal, pengundian awal, pemansuhan tempoh bantahan, tempoh tambahan pameran senarai daftar pengundi dan kemudahan untuk pengundi OKU. Menurut beliau, semua perubahan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Read More »

NICE anjur konvoi bermotor “Kembara Kasih Ummah” 10 Disember


Kenyataan Media NICE

23 Nov 2011
TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND
PENYERAHAN FASA 2 DAN PROGRAM “KEMBARA KASIH UMMAH”

Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand.

Read More »

Kenyataan Media

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia