NICE anjur konvoi bermotor “Kembara Kasih Ummah” 10 Disember

 

NICE juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media terutamanya TV Al-Hijrah dan akhbar Sinar Harian yang membuat liputan berita bagi membantu tabung ini.

Alhamdulillah, serahan Fasa 1 sebanyak RM21,000.00 telah dibuat semasa Eidul Adha yang lepas melalui wakil NICE yang berada di Bangkok bersama-sama dengan NGO Thailand iaitu WAMY Thailand, Yala Islamic University, The Welfare Foundation of Pattani dan The Foundation for Quranic Education (FQE). Sumbangan kepada mangsa banjir diserahkan dalam bentuk bungkusan barangan asas yang mengandungi beras, sardin, minyak masak, mee segera dan air mineral. Sebanyak 1000 keluarga mendapat sumbangan ini.

NICE merancang untuk membuat serahan Fasa 2 sebanyak RM30,000.00 pada 10 Disember 2011 melalui konvoi “Kembara Kasih Ummah” yang melibatkan 50 buah motor berkuasa besar. Sebahagian besar sumbangan bagi Fasa 2 diperolehi melalui kempen Sym Charity Ride – To Ride for People (TRIP) yang dianjurkan oleh Sym Owners Group (SOG) dan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Sekali lagi NICE menyeru kepada badan-badan korporat, NGO-NGO, serta para dermawan untuk sama-sama membantu umat Islam di Thailand dengan menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand ini. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama “PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA”. Sila maklumkan sumbangan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada [email protected]. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sdra Wan Mohd Zukri Che Mat Zin di talian 012-320 3434 atau Sdra Aidil Akbar Yassin di talian 013-331 4389.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” Al-Baqarah 2:261

Sekian, wassalam.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
Pengerusi NICE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia