Kenyataan Media

Konvoi ‘Miles of Smiles’: Kenyataan Bersama Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif

aqsa syarif

Pada 8 dan 10 Jun 2012, 11 orang sukarelawan dari Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif berangkat ke Kaherah dalam perjalanan menuju Gaza melalui pintu masuk Rafah.  Mereka adalah sebahagian dari inisiatif dari Eropah iaitu konvoi kemanusiaan  ‘Miles of Smiles’ 13 (MoS 13) yang dinamakan ‘The Leadership Convoy… Promise of Victory.” (Konvoi Kepimpinan – Janji Kemenangan). Perhubungan harian melalui e-mel dan panggilan telefon di antara VPM dan MoS yang diketuai oleh Dr Essam Mustafa sejak bulan Mei 2012 akhirnya membuahkan hasil apabila konvoi MoS13 selamat tiba di Gaza pada 10 Jun 2012. Di antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam konvoi MoS13 termasuklah sukarelawan dan aktivis dari United Kingdom, Belgium, France, Singapore, Malaysia, Afrika Selatan, Libya, Algeria, Mauritania, Turki, Maghribi, New Zealand dan banyak negara lain.

Read More »

Kenyataan Media IKRAM Selangor: Pinjaman PTPTN di Unisel

KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN IKRAM NEGERI SELANGOR

PINJAMAN PTPTN DI UNISEL

12 JUN 2012/22 REJAB 1433

بـســم الـلّـه الـرحــمـن الـرحيـم

عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُمْ لِزَمَنِهِمْ

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor mengikuti dengan penuh teliti isu pendidikan tinggi percuma serta pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada para pelajar di UNISEL yang berlaku baru-baru ini.

Read More »

Perutusan Aqsa Syarif Sempena Memperingati Peristiwa An-Naksah Ke-45

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.

Read More »

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2012 – JK Pendidikan

Perutusan : Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH

16 Mei 2012

Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Pembina Kader-kader Duat”

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi Azza wa Jalla atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya SWT atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah SWT dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Read More »

RS: Ibu bapa hari ini diseru lebih komited dan kreatif mendidik anak

KENYATAAN MEDIA RAUDHATUS SAKINAH (RS)

13 Mei 2012

IBU BAPA HARI INI DISERU LEBIH KOMITED DAN KREATIF MENDIDIK ANAK

Institusi kekeluargaan hari ini sedang berhadapan dengan cabaran hebat yang mampu melemahkan keutuhan dan integriti sosial masyarakat. Wajarlah peranan dan tanggungjawab keibubapaan diberikan keutamaan melebihi segala peranan yang lain, demi untuk menjamin masa depan generasi pewaris yang mempunyai jatidiri dan identiti Muslim yang mantap dan jitu.

Read More »

Kenyataan Media

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia