RS: Ibu bapa hari ini diseru lebih komited dan kreatif mendidik anak

Raudhatus Sakinah menyeru semua ibu bapa agar:

1. Mengambil serius tanggungjawab dan amanah keibubapaan yang dipikul di bahu masing-masing dan tidak dengan mudah mengambil sikap sambil lewa dan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada orang lain.

2. Meletakkan aspek pendidikan anak-anak sebagai keutamaan melebihi kesibukan berkerjaya dan perkara yang lain.

3. Melengkapkan diri dengan ilmu asas dan kontemporari berkaitan keibubapaan dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

4. Mengukuhkan institusi keluarga dengan kemahiran asas seperti keupayaan komunikasi efektif, pengurusan masa, emosi dan kewangan serta pengurusan konflik yang berkesan.

5. Mendapatkan bantuan ahli keluarga terdekat, pendidik di sekolah dan masyarakat setempat dalam mendidik anak ke arah menjadi warga masyarakat yang berguna.

Raudhatus Sakinah juga menyarankan agar langkah proaktif untuk melengkapkan diri ibu bapa Generasi Y hari ini untuk mendidik anak-anak Generasi Z dan Alpha yang mesti dididik sesuai dengan kecanggihan zaman teknologi maklumat yang lebih mencabar; sebagaimana yang dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab RA:

Didiklah anak-anakmu untuk hidup di zamannya, kerana sesungguhnya engkau tidak hidup di zaman mereka!

 

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj

Pengerusi Lembaga Pengurusan Induk

Raudhatus Sakinah Berhad

 

merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Sosial

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)


Nota:

Generasi Y: Mereka yang lahir pada tahun 1980 hingga 1995

Generasi Z: Mereka yang lahir pada tahun 1995 hingga 2010

Generasi Alpha: Mereka yang lahir pada tahun 2010 ke atas

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia