
Mengapa duta Syria masih belum diusir?
KUALA LUMPUR – K. Arumugam dari Suaram, ahli panel ‘Public Forum on Syria’ tertanya-tanya mengapa kerajaan Malaysia sehingga hari ini masih belum “mengusir” keluar duta Syria di Malaysia. Beliau menyatakan rasa terkejut dengan situasi yang didedahkan tentang Syria oleh dua lagi panel forum iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Md Noor (Pengerusi Aqsa Syarif) dan Saudara Naim Jusri, Pengerusi Gabungan Selamatkan Syria (GSS).










