WAMY Teens Thai lawat ibu pejabat IKRAM

Lawatan ke ibu pejabat IKRAM disambut oleh Presiden sendiri, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa Jawatakuasa Pusat iaitu Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan Shaharom Md Shariff.

Gambar dari kanan: Lawatan ke GEMA, HALUAN dan ABIM

Kelab Remaja IKRAMTeens telah terpilih sebagai koordinator lawatan mahabbah ini yang disertai 10 orang aktivis WTT yang diketuai Pengarah Eksekutif WAMY Thailand, Ustaz Abdul Rasyeed Niringjuerae.

Lawatan selama dua hari satu malam pada 7-8 September lalu juga bertujuan untuk mencari pengalaman berkenaan teknik dan cara pengurusan kelab belia dan remaja di Malaysia, di samping mempelajari modul serta program belia dan remaja yang telah dijalankan.

Selain IKRAM, antara NGO yang telah dilawati ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Al-Amin Serve, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA). Kesemua NGO ini telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang sesi lawatan diadakan.

Selain itu, delegasi WTT turut melawat ibu pejabat Islamic Relief Malaysia (IRM) di Bandar Baru Bangi. Delegasi disambut oleh Pengarah Negara IRM, Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin (gambar kiri).

Menurut koordinator lawatan merangkap Pengerusi IKRAMTeens Pusat, Mohd Hafiz Abd Hamid yang lebih dikenali dengan Hafiz Bai, lawatan mahabbah ini sangat baik dalam langkah untuk membina hubungan antara dua negara dan saling bertukar pandangan dan pengalaman antara satu sama lain.

Menurut Ustaz Abdul Rasyeed, beliau amat mengharapkan agar lawatan ini dapat memberikan idea, ilmu dan pengalaman baru yang dapat dimanfaatkan dalam mengerakkan WAMY Teens Thai nanti.

Pihak WAMY Teens Thai turut menyatakan kesudian untuk menjemput IKRAMTeens ke Thailand semasa pelancaran WAMY Teens Thai pada masa akan datang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia