Ikhwan kutuk video anti-Islam, tolak reaksi ganas

Dengan mesej daripada Allah, (iaitu) Islam, Nabi Muhammad (Sallallhu ‘Alaihi Wasallam) menarik manusia keluar daripada jurang kemunduran dan barbarisme ke puncak kecanggihan dan kemanusiaan yang mulia.

Baginda menyalakan laluan kepada kemajuan dan pemikiran manusia bagi seluruh umat manusia, dengan keimanan yang murni terhadap Allah yang satu, kepercayaan kepada semua Rasul tanpa perbezaan atau diskriminasi, penuh penghormatan dan takzim untuk semua Nabi.

Rasulullah (Sallallhu ‘Alaihi Wasallam) telah memberi dunia (dengan) Islam, yang menjamin kebebasan kepercayaan dan penyembahan semua manusia serta menghormati dan melindungi tempat-tempat ibadat, kebebasan berpendapat dan bersuara, kesamaan manusia dan keadilan masyarakat, maruah dan semangat perpaduan dan kerjasama di antara semua manusia .

Baginda telah memberi kami Islam, yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia bahkan sebelum sesiapa sahaja di seluruh dunia tahu apa itu hak-hak asasi manusia. Islam juga mengiktiraf perlindungan terhadap darah manusia, maruah dan wang (harta), yang tidak boleh dicabuli.

Penghinaan yang berulang kali terhadap Rasulullah (Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) menunjukkan adanya kebencian dan ketaksuban mereka yang berdiri di belakangnya, dengan kejahilan, membiarkan dan kepuasan, mereka yang membenarkan penghinaan berterusan seperti itu.

Oleh itu, mengguris perasaan satu setengah bilion umat Islam tidak boleh diterima, dan kemarahan rakyat dan kemarahan untuk iman mereka sentiasa dijangka, sering kali tidak dapat dibendung.

Kami mengecam penghinaan terhadap semua Rasul Allah, Nabi dan Rasul, dan mengutuk jenayah yang keji ini. Kami seterusnya menyeru untuk kriminalisasi (menganggap sebagai kesalahan jenayah) serangan terhadap kesucian semua agama samawi.

Jika tidak, tindakan seperti itu akan terus menyebabkan umat Islam yang taat di seluruh dunia untuk mencurigai dan juga membenci Barat, terutamanya Amerika Syarikat, kerana membenarkan rakyat mereka melanggar kehormatan daripada apa yang mereka junjung dan sucikan. Oleh itu, kami menuntut semua mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan segera dibawa ke muka pengadilan.

Tentunya, serangan terhadap kehormatan seperti itu bukanlah kebebasan pendapat atau pemikiran. Ia adalah jenayah dan serangan terhadap kehormatan umat Islam, dan tidak boleh diterima oleh negara-negara di mana ia diterbitkan atau dilancarkan, kerana ia juga merosakkan kepentingan negara-negara itu dalam berurusan dengan masyarakat di dunia Islam.

Barat telah meluluskan dan mengenakan undang-undang yang menghukum orang-orang yang menafikan atau meluahkan pandangan bangkangan terhadap peristiwa Holocaust atau mempersoalkan bilangan orang-orang Yahudi yang dibunuh oleh Hitler, satu topik yang semata-mata sejarah, bukannya satu doktrin yang suci.

Masyarakat dan kerajaan dunia Islam mempunyai setiap hak untuk mengutuk, dengan segala cara yang aman dan sah di sisi undang-undang, (terhadap) pencabulan dan serangan keji yang baru ini, dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah berulangnya aksi-aksi serangan biadab seperti ini.

Sementara kita menolak dan mengutuk pertumpahan darah dan tindak balas ganas kepada penghinaan tersebut dan sikap toleransi yang luar biasa negara-negara tertentu terhadapnya (filem tersebut), kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa negara-negara ini tidak pernah membuat satu langkah terhadap penghinaan tersebut sehinggalah setelah reaksi yang kuat dilihat di seluruh dunia Islam.

Kami percaya negara-negara itu harus mengambil tindakan yang tepat dan menggariskan prosedur yang jelas dan betul untuk menangani jenayah tersebut, terutamanya sejak persediaan untuk penghinaan ini berlaku dengan jelas, benar-benar di bawah hidung pihak berkuasa di negara-negara itu – sejak beberapa bulan lalu. Pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan.

Akhirnya, kami menyeru semua umat Islam untuk berpegang teguh dan menerapkan prinsip-prinsip al-Quran dan mencontohi Rasulullah (Sallallahu ‘Alaihi Wasallam). Itulah cara yang paling efektif untuk memuliakannya dengan menunjukkan satu contoh yang baik, terutamanya kerana penghinaan ini datang pada saat apabila masyarakat sedang mencuba untuk berkomunikasi dengan saling hormat menghormati.

Mereka yang menghina kehormatan ini ingin meracuni tunas hubungan antara rakyat, mengganggu usaha untuk membina jambatan antara tamadun, dan menyemai perpecahan antara masyarakat.

Ikhwan Muslimin
Kaherah – 12 September 2012

Terjemahan daripada laman web rasmi Ikhwan Muslimin: Muslim Brotherhood Statement on Anti-Islam Film

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia