Bulatan Cinta Osem: Matlamat Hidup Manusia

Program yang dianjurkan oleh Dekan FBSB, Prof Dr Mohd Ali Hassan ini bermula dari 12.30 tengahari hingga 2.00 petang dan telah dihadiri oleh  88 orang pelajar-pelajar UPM dan staf UPM. Ceramah bertajuk “Matlamat Hidup Manusia” telah disampaikan oleh Dr Norhasnida Zawawi selaku Pemangku Setiausaha Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) yang juga pensyarah kanan di Fakulti Teknologi Makanan, UPM.

Dr Hasnida menjelaskan bahawa manusia pada hakikatnya adalah hamba Allah yang mana Allah adalah pemilik manusia, dan penjaga maslahah kehidupan manusia dan penentu segalanya dalam hidup manusia. Justeru itu, bumi ini adalah ciptaan dan milik Allah dan manusia hanyalah seorang hamba yang menumpang di bumi-Nya dan manusia tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya di bumi-Nya.

Beliau memetik firman Allah sebagai pengakhiran hidup manusia, yang bermaksud:

“Daripadanya (tanah) Kami menciptakan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu, pada kali yang lain”. (Taha: 55)

Manusia yang berasal daripada tanah, akan kembali menjadi serta dihitung oleh Allah akan segala amalannya di dunia. Program berjalan dengan lancar dan peserta memberikan respon yang positif terhadap program ini. Biar pun singkat, ia amat memberi peringatan dan kesedaran supaya manusia, sebagai hamba mesti kembali tunduk dan mentaati segala perintah pemiliknya, iaitu Allah SWT.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia