
Rumah terbuka pererat ukhuwah, melonjak dakwah
SERI KEMBANGAN – Sambutan Aidilfitri di Malaysia begitu unik berbanding negara lain. Uniknya kerana tradisi rumah terbukanya yang diadakan sepanjang Syawal oleh sebahagian umat Islam yang berkemampuan. Sebahagian IKRAM Negeri turut tidak terlepas mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan membina hubungan dengan penduduk setempat.