ABJZ pupuk kesedaran pelajar baru KIST Bachok

Program yang berlangsung selama lebih kurang separuh hari ini telah diadakan untuk mengisi sebahagian minggu orientasi pelajar baru KIST yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 4 September 2011 sehingga 6 September 2011.

Program ABJZ pada kali ini telah dihadiri oleh lebih 200 pelajar di mana sebahagian besarnya adalah pelajar-pelajar yang akan mengikuti program peringkat Diploma Sains Kesihatan. Program ini telah dikendalikan oleh pasukan yang mantap daripada RS Kelantan yang terdiri daripada motivator Tn Haji Che Rahimi Samat, Dr Hafizah Mustakim dan dibantu oleh Saudari Khadijah Che Rahimi.


Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi KIST Bachok iaitu Puan Noraihan Che Ali dan telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Razak Sulaiman, pensyarah di KIST yang juga merupakan Pengerusi JK Pemuda IKRAM Daerah Bachok.

Program ini telah mendapat respon yang baik daripada pihak pelajar dan juga pihak pengurusan KIST. Memandangkan konten pengisiannya yang dekat dengan jiwa remaja dan boleh menjadi bekalan kepada para pelajar, sekali lagi kerana pihak pengurusan KIST bersedia untuk menjadikan program ini sebagai program yang mesti diadakan setiap kali program orientasi pelajar berlaku.

Diharapkan daripada program ini, pelajar bukan hanya setakat dapat menghindari diri daripada kegiatan yang tidak berfaedah tetapi juga dapat menyemarakkan sinar dakwah dan tarbiah di bumi KIST, insyaAllah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia