Eidul Fitri IKRAM SJ: Pejabat baru, ahli baru

Hadirin dijamukan dengan pelbagai juadah seperti mihun, mi goreng, kuey teow, lemang dan rendang, murtabak dan samosa, roti jala, minuman panas dan sejuk, sate, kuah kacang dan nasi himpit, rojak dan cendol, kuih muih, ubi rebus, buah-buahan dan istimewanya empat ekor kambing golek.

Program ini telah dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai yakni bagi meraikan Eidul Fitri 1432H secara jama’ie yang melibatkan semua ahli IKRAM SJ dan masyarakat setempat di samping mempromosi dan memperkenalkan IKRAM dan juga struktur organisasi IKRAM SJ kepada ahli dan masyarakat setempat. Selain itu, ia merupakan kesempatan untuk menyantuni masyarakat setempat yang hadir serta peluang berhimpun dan juga mengeratkan ukhuwah sesama ahli IKRAM SJ serta masyarakat. Hasilnya sekitar 10 orang telah mendaftar menjadi ahli IKRAM SJ yang baru.

Program kali ini dihadiri oleh pengerusi, jawatankuasa dan wakil-wakil penduduk, surau dan masjid di sekitar Subang Jaya, Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), pemilik-pemilik kedai, syarikat, anggota keselamatan, polis dan penduduk setempat.

Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim dan tahfiz, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, anak-anak tadika dan KAFA Zul-Iman serta pelajar Sri Hira yang telah mengadakan persembahan Eidul Fitri dengan penuh bersemangat dan ceria. Satu persembahan khas turut diadakan oleh ahli-ahli senior IKRAM SJ yang membawa dua buah lagu “Mana Milik Kita” dan sebuah lagu nostalgia Arab.

Majlis ini juga diringi dengan perasmian pejabat baru IKRAM Subang Jaya dan  telah disempurnakan oleh Ustaz Samsul Maarif Ismail, Yang Dipertua IKRAM Selangor diiringi YDP IKRAM SJ, Ustaz Hajar Opir. Satu sesi lawatan ke pejabat telah diadakan bersama wakil-wakil penduduk dan surau di mana terdapat pameran aktiviti IKRAM Subang Jaya dan juga persembahan montaj khas yang boleh dilihat dalam Facebook IKRAM Subang Jaya. Turut hadir bersama ialah Tn Hj Muhamad Yaakub Idris, Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat dan Tn Hj Ridzuan Harun, Setiausaha IKRAM Selangor.

Dalam majlis ini, Saudara Fakharuddin bertindak selaku Pengarah Program di samping isterinya Puan Nur Zarlina serta dijayakan oleh semua Ahli Jawatankuasa majlis tersebut. Tahniah buat IKRAM SJ kerana di samping mengadakan majlis, IKRAM SJ turut mempunyai pejabat baru dan ahli baru. Semoga Allah swt memberi ganjaran berganda buat semua yang terlibat. Mudah-mudahan majlis ini akan menyuburkan lagi dakwah, tarbiah dan kerja-kerja kebajikan di Subang Jaya khususnya dan Malaysia umumnya.

Sumber: http://www.ikramsj.org/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia