“Kita semua adalah bakal jenazah…”

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Itulah pesanan yang ditinggalkan oleh seorang aktivis Aqsa Syarif daerah ini, Hj A Khalil Khamis (gambar kanan) kepada hampir 100 hadirin sebelum beliau berangkat menyertai misi bantuan kemanusiaan “Aqsa2Gaza2” pada Sabtu, 20 Ogos 2011.

“Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah bahawa kita semua adalah bakal jenazah…” beliau menyusun kata dan mengungkapnya perlahan-lahan. “Kita pasti akan dijemput Allah pada suatu ketika yang kita tak tahu bila dan di mana… Yang penting, kita hendaklah sentiasa bersedia sebelum menjelangnya saat-saat kematian itu.”

Beliau berkata demikian dalam majlis Iftar Jama’i anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Hulu Selangor di pejabat IKRAM daerah tersebut Ahad lepas.

Benar, perjalanan ke Gaza bagaikan kembara yang mengundang seribu satu ketidakpastian. Ia sangat berisiko tinggi kerana berkemungkinan dicabar oleh tentera Israel, apatah lagi dengan ketiadaan wakil media antarabangsa yang turut serta untuk membuat liputan. Jadi, apakah jaminan ia misi yang selamat dan peserta yang mengikutinya akan kembali dalam keadaan sihat selepas misi berakhir?

Namun Islam mengajar kita bahawa bukanlah keluar berjihad di jalan Allah itu sama maknanya dengan keluar menuju kematian. Sama ada di medan atau di atas katil, kematian akan datang mengikut ajal yang telah ditetapkan Allah.

Bagaimanapun, Hj Khalil tetap mengambil kesempatan untuk berpesan kepada ahli-ahli IKRAM Hulu Selangor supaya sentiasa menyematkan perjuangan membebaskan al-Aqsa di hati, menjadikan isu Palestin isu pokok bukan sampingan dan bersedia untuk menyertai Aqsa2Gaza3 sekiranya dianjurkan.

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Iftar Jama’i tersebut dimulakan pada 6.30 petang dengan tadarus al-Quran, sebelum majlis berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau at-Taqwa, Desa Melor tidak jauh dari situ. Jamuan makan malam pula menghidangkan juadah nasi beriani dengan kari kambing.

Sebelum solat Isyak dan Tarawih, satu acara penyerahan sumbangan tabung Palestin daripada IKRAM Hulu Selangor kepada Aqsa Syarif Berhad telah dilangsungkan.

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Yang Dipertua IKRAM Selangor, Dr Muhammad Azhar Zailaini menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Dr Ir Selamat Aliman, Ahli Pemegang Amanah merangkap Bendahari Aqsa Syarif Berhad yang dijemput khas ke program tersebut. Kutipan pada malam itu berjumlah RM6911.42 turut diserahkan.

Dr Selamat dalam ucapannya memberitahu bahawa IKRAM Hulu Selangor merupakan penyumbang dana Palestin tertinggi di seluruh negara setakat ini.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan fakir miskin dan yang kurang berkemampuan serta sumbangan untuk lima buah masjid di sekitar daerah ini.

Pada tahun ini, IKRAM Hulu Selangor memperuntukkan RM20,000 untuk fakir miskin dan RM500 untuk setiap masjid.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah mantan YDP JIM Hulu Selangor, Ustaz Hj Muhamad Asmadi Mustakim.

Iftar Jama'i Hulu Selangor

Peserta-peserta A2G2

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia