Pemuda IKRAM Hulu Langat ‘beraya’ bersama mahasiswa

Program ini telah dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai yakni bagi meraikan Aidilfitri 1432H secara jama’ie dan mengeratkan ukhuwwah yang melibatkan semua ahli Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat dan juga sebagai program tajmik umum kepada peserta di kalangan mahasiswa yang masih belum bersama Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat.

Program kali ini dihadiri oleh YDP IKRAM Hulu Langat Dr Mustafa Din Subari yang juga turut merasmikan acara Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat dan semua penggerak Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat. Peserta terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), German Malaysia Institute (GMI), Malaysia France Institue (MFI), Malaysia Malaysian Institute of Aviation Technology (Unikl-MIAT), Kolej Polytech Mara (KPTM)  dan juga daripada Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS) yang semua sekali berjumlah 120 orang.


Melalui ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr Mustafa Din, beliau pertama sekali menjelaskan tujuan hidup bagi seseorang manusia di muka bumi Allah ini. Beliau juga mengambil kesempatan memperkenalkan dan mempromosi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai NGO tarbiah dan dakwah kepada semua peserta dan beserta relung-relung dakwah yang boleh diceburi dengan menyertai IKRAM. Kemuncak program ini selepas perasmian adalah para peserta dipertontonkan dengan montaj video aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat.

Saudara Ali Firdaus yang mewakili Aqsa Syarif Hulu Langat juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Aqsa Syarif sebagai salah satu institusi dibawah IKRAM. Beliau juga mempertontonkan montaj video mengenai perjuangan membela umat Islam di Palestin. Hampir RM500 sumbangan untuk Palestin dikumpul manakala sebanyak 16 permohonan keahlian IKRAM berjaya didaftarkan.

Hadirin dijamukan dengan pelbagai juadah seperti mihun, mi sup dan kari, lemang dan rendang, nasi himpit, kuah kacang, minuman dan buah-buahan. Apa yang menarik, kesemua makanan yang dihidangkan adalah dimasak sendiri oleh peserta ikhwah daripada MFI dan juga akhawat daripada Darul Sakinah (DS).

Dalam majlis ini, Dr Hezrul Abd Karim bertindak selaku Pengarah Program serta dijayakan oleh semua Ahli Jawatankuasa majlis tersebut. Tahniah kepada semua AJK dan juga peserta. Semoga Allah swt memberi ganjaran berganda buat semua yang terlibat.

Mudah-mudahan majlis ini akan menyuburkan lagi dakwah, tarbiah dan kerja-kerja di medan di kalangan mahasiswa di universiti.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia