Calon PRU15: Pilih Wakil Rakyat Yang Amanah

Calon PRU15: Pilih Wakil Rakyat Yang Amanah | IKRAM

Sesiapa pun jika tidak mengangkat nilai amanah sebagai maruah diri, maka mudah baginya melakukan pengkhianatan. Pemimpin jika tidak berpegang teguh kepada sifat amanah, maka akan menjadi pengkhianat rakyat dan negara. 

Malaysia pernah menjadi sensasi di mata dunia kerana kes IMDB yang dianggap sebagai skandal kewangan terbesar dunia. Negara ini turut dinobatkan sebagai antara negara paling korup berdasarkan tahap pengalaman salah laku rasuah yang teruk menurut laporan Asia Pacific Fraud Survey pada tahun 2013. 

Manakala dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021, Malaysia terus tergelincir jatuh ke kedudukan lebih corot iaitu 62 berbanding tahun sebelumnya iaitu pada tangga ke-57 pada tahun 2020 dengan skor yang sangat rendah iaitu 48 daripada 100 markah keseluruhan.

Isu jenayah rasuah kolar putih dalam kalangan orang berpengaruh, berjawatan dan berprofil tinggi disebabkan ketiadaan integriti amat membimbangkan. Jenayah ini semakin lama semakin membarah di tanah air yang tercinta.

Kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin korup kini telah menular dalam masyarakat sehingga jenayah pecah amanah tidak lagi dianggap membinasakan tapi satu amalan kebiasaaan. 

“Jika dahulu 80-an, rasuah di bawah meja, masyarakat masih ada sifat malu jika melakukan rasuah. Tahun 90-an, rasuah di atas meja. Kini rasuah bukan lagi bawah atau atas meja, akan tetapi including the table. Sudah menjadi suatu kebiasaan, lagi tinggi jawatan lagi tinggi jumlah rasuah,” ujar Ir Hj Mohd Jamaludin Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan Deklarasi Pemimpin dan NGO-NGO Pelbagai Agama Menjelang PRU15 pada 26 Oktober lalu di Kuala Lumpur.

Lihat saja kerosakan dan malapetaka yang telah terjadi dalam negara akibat berleluasanya kes pecah amanah.  Panglima Tentera Laut pernah mendedahkan kira-kira 61 peratus daripada aset-aset yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada ketika ini dikategorikan sebagai usang.

Aset yang sepatutnya ‘bersara’ terpaksa digunakan di medan.  Ini adalah soal isu pertahanan negara yang sepatutnya tidak berkompromi dengan mutu dan keselamatan.

Malaysia yang sepatutnya bergerak laju ke depan seiring perkembangan teknologi dunia ‘terbatuk-batuk’ dan tersekat-sekat langkahnya hingga ada masanya berjalan mundur pula ke belakang akibat ketirisan dan pembaziran melalui rasuah.

Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia, jenayah rasuah sahaja telah mengakibatkan ketirisan keluaran dalam negara kasar  (KDNK) dalam anggaran kerugian antara RM40 hingga RM50 bilion.

Sekiranya duit haram ini dapat diselamatkan, betapa banyaknya manfaat dapat dinikmati berterusan oleh rakyat khususnya golongan yang memerlukan.

Ini bukan soal pemberian bantuan insentif yang diberikan sekali sahaja pada ketika masa tertentu, tetapi ia berkenaan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan awam, fasiliti kesihatan, keselamatan yang dapat dinikmati oleh rakyat secara berterusan.

Jumlah wang RM50 bilion dapat digunakan untuk membina sembilan buah hospital setara Hospital Shah Alam dan juga dapat membeli 40,000 mesin hemodialisis.  

Sekiranya dapat dimanfaatkan untuk pendidikan, ia dapat menampung bantuan pemberian sebanyak RM2,000 seorang murid kepada 5 juta pelajar sekolah di seluruh negara merangkumi prasekolah, rendah dan menengah. Jumlah sebanyak RM50 bilion ini juga dapat memberi bantuan RM1,000 kepada 113,000 peneroka Felda. [1] 

Begitu banyak manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sekiranya perolehan negara ditadbir urus dengan penuh intergriti oleh pemimpin yang amanah. 

Namun sekiranya kerosakan pecah amanah terus dibiarkan berleluasa, tiada siapa yang akan menolak bahawa rakyat Malaysia akan menanggung malapetaka akibat kehancuran negara.

Lihat sahaja negara Sri Lanka yang telah muflis kerana pemimpin pencuri harta negara. Jangan lupa, jenayah korupsi di negara ini juga sudah berada pada tahap yang kritikal.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan hasil bumi melalui  sumber mineral dan alam semula jadinya. Malaysia juga memiliki rakyat yang memiliki banyak kebolehan dan kemahiran dalam menjadikan Malaysia negara yang progresif.

Sekiranya orang yang amanah menggalas tanggungjawab kepimpinan negara, rakyat akan terus dapat  menikmati kehidupan tenteram, aman, selamat dan harmoni. 

Ambil peluang menggunakan kuasa rakyat bagi memangkah pemimpin yang amanah. Angkatlah pemimpin yang memiliki integriti. Calon PRU15 yang jujur dan amanah adalah pemimpin yang boleh dipercayai.

Kepercayaan akan mengemudi negara ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan kerana pemimpin sebegini akan memelihara dan menjaga harta, kehormatan diri, hak rakyat, agama serta negara. Tolak pengkhianat negara!

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:

https://info.sinarharian.com.my/apa-boleh-buat-dengan-rm50-billion/ 

Artikel berkaitan:

Calon PRU15: 3 Ciri Pemimpin Yang Harus Ada – Presiden IKRAM

Calon PRU15: Pilih Wakil Rakyat Yang Mampu

Calon PRU15: Pilih Wakil Rakyat Yang Jujur

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia