Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, pertandingan amal ini merupakan anjuran Rakan Hidayah iaitu sebuah kumpulan sukarelawan Hidayah Centre Foundation (HCF).
“Ini adalah sebahagian daripada program amal di samping menyemarakkan semangat kesukanan dan semangat berpasukan,” ujar penganjur.
Para peserta yang menyertai boling amal
Di samping itu, program ini juga sebagai salah satu aktiviti pengumpulan dana sumbangan untuk HCF di mana hasil kutipan sumbangan ini akan disalurkan kepada aktiviti dakwah dan juga aktiviti sokongan untuk mualaf.
“Penyertaan cukup memuaskan iaitu seramai 22 orang peserta Rakan Hidayah Centre Foundation mengikuti pertandingan ini.”
Penganjur turut megharapkan supaya pertandingan seumpama ini dapat meningkatkan lebih ramai penyertaan dalam kalangan sukarelawan serta orang ramai bagi mengenali HCF dengan lebih dekat serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Sumber: FB Hidayah Centre | Web rasmi HCF: http://hidayahcentre.com/