Pendidikan Abad ke-21: Memperkasa Pendidikan IKRAM

KUALA LUMPUR – Konvensyen & Konvokesyen IKRAM MUSLEH 2016 bertemakan “Pendidikan Abad ke-21: Memperkasa Pendidikan IKRAM” telah dijayakan pada Sabtu 5 Mac lalu di Dewan Utama, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur bagi menghargai sumbangan warga pendidik IKRAM MUSLEH di seluruh negara.