Banteras Segera Sentimen Perkauman – IKRAM & KLSCAH

Banteras Segera Sentimen Perkauman - IKRAM & KLSCAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) melahirkan kebimbangan dengan sentimen perkauman yang dimainkan akhir-akhir ini terutamanya di media sosial.

Sentimen perkauman yang ditiupkan boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu, IKRAM dan KLSCAH menggesa semua pihak agar membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau menerbitkan bahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Pertimbangan hendaklah berpandukan Rukun Negara yang bertujuan membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

IKRAM dan KLSCAH menyeru agar semua pemimpin politik dan pemimpin masyarakat berperanan untuk memastikan anggota masing-masing tidak mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman demi menjaga keharmonian yang telah sekian lama terbina.

Anggota masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak-pihak yang menyebarkan kebencian terhadap sesuatu kaum atau mengapi-apikan isu perkauman. Dengan itu, sentimen perkauman dapat disekat dan dibawa ke muka pengadilan.

Harapan kita agar perpaduan dan kesepaduan di antara masyarakat pelbagai kaum dapat dikukuhkan dan seterusnya mewujudkan negara yang stabil demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, maju dan progresif.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Ngan Teng Ye
Presiden
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH)

 

[English Version]

Put An End to Racist Sentiments Immediately

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) and The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) would like to register their dismay at the racist sentiments that have been playing out in recent weeks, especially on social media.

These sentiments can damage multiracial harmony and social cohesion.

In view of this, IKRAM and KLSCAH exhorts all parties to exercise prudence and wisdom before publishing statements or materials that can incite disquiet among the public.

Decisions should be guided by the Rukun Negara, which were intended to foster unity. The principles enshrined in the Rukun Negara are the key to racial harmony and unity which are themselves key to the success and stability of Malaysia.

IKRAM and KLSCAH calls on all political and civil society leaders to play a role in ensuring their members do not release provocative, racially tinged statements in order to maintain the harmony that has been built over the span of decades.

Members of the public must also play their part by reporting to authorities any individuals or groups that spread hate towards any specific race or fan the flames of racial issues. This will help control racist sentiment and bring those responsible to face justice.

Our hope is that multiracial unity and cohesion will be strengthened and forge a stable country, a Malaysia that is developed, progressive, and prosperous.

Hj Badlishah Sham Baharin
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Ngan Teng Ye
President
The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia