Apa khabar solatmu?
Solat adalah anugerah Allah yang paling istimewa kepada hamba yang amat dikasihi-Nya. Ia adalah hadiah paling agung yang tidak ternilai harganya. Lantaran itu, ia dikurniakan melalui satu undangan khas, tidak dihantar atau dikirim melalui sesiapa pun hatta pembawa wahyu yang paling amanah.
6 tanggungjawab terhadap al-Quran
Setiap tahun menjelang 17 Ramadan, umat Islam menyambut hari Nuzul al-Quran. Bersempena dengan hari yang sangat penting dan bersejarah itu (walaupun tiada persepakatan dari segi tarikh sebenar peristiwa itu), elok kita bermuhasabah sejauh manakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai umat al-Quran?
Hari Terbaik Di Dunia
Menjelang bulan Zulhijjah yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, eloklah kita saling ingat mengingati bahawa 10 hari terawal daripada Zulhijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah ‘Azza wa Jalla.
Kepentingan Menuntut Ilmu
“Katakanlah (Wahai Muhammad): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar 39:9) Satu persoalan yang dilontarkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran. Persoalan yang tidak memerlukan jawapan kerana jawapannya diketahui oleh semua orang yang berakal waras dan sempurna. Kepentingan Orang Berilmu Orang yang berilmu, yang mengetahui tentang sesuatu selamanya tidak sama […]
Hari-hari Tarbiah Awal Zulhijjah: Rebutlah Ia!
Kita telah biasa mendengar soalan ini: Bagaimana mahu mencapai ‘Rabbaniyah’? Inilah hari-hari tarbiah telah tiba menemui kita. Tarbiah pada hakikatnya dikaitkan kepada pendidikan dan para ulama mendefinisikan tarbiah dengan maksud proses pendidikan yang menyampaikan kepada suatu kesempurnaan secara sedikit demi sedikit.