Apa khabar solatmu?

Keutamaan Iktikaf 10 Akhir Ramadan | IKRAM

Justeru, Rasulullah SAW sangat menghargai dan mencintai solat. Baginya solat adalah penyejuk mata dan penawar hati. Baginda pernah mengungkapkan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasaei:

 

“Dan dijadikan ketenangan mataku pada solat.”

 

Solat adalah masa dan ketika untuk baginda berehat daripada segala kepenatan dan bebanan tugas yang berat. Dengarkan apa yang diluahkannya kepada muazzinnya, Bilal bin Rabah apabila masuk waktu solat:

 

“Bawalah kami berehat dengannya wahai Bilal!!! (Maksudnya, baginda menitahkan Bilal agar segera melaungkan azan supaya dengan mendirikan solat baginda SAW dapat berehat) (HR Ahmad dan Abu Daud)

 

Bagaimana agaknya solat kita? Adakah kita benar-benar berasa tenang dan damai dalam solat? Berasa betapa indahnya bermunajat dengan Rabb Yang Maha Pengasih Maha Penyayang? Berasa lega kerana dapat meluahkan segala derita yang mencengkam, menyampaikan segala hajat yang terpendam? Berasa puas kerana yakin doa yang dipohon pasti terkabul, hajat yang diminta pasti terlaksana kerana Dia yang menyuruh kita berdoa, Dia yang mengajar kita apa dan bagaimana hendak meminta?

 

Atau sebaliknya, kita rasa solat seperti penjara yang mengekang pergerakan kita, yang mengikat anggota kita daripada bergerak bebas kecuali mengikut langkah-langkah yang telah ditentukan? Adakah kita selalu rasa penat berdiri tegak, menghabiskan bacaan-bacaan laksana mentera yang tidak difahami dan dihayati?

 

Sesungguhnya Allah SWT sendiri mengatakan bahawa solat itu berat, sukar, membebankan jika tidak ada kekhusyukan dalamnya.

 

“…. dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” (Al-Baqarah: 45)

 

Ya, kata kuncinya adalah KHUSYUK. Perhatikanlah firman Allah ini:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya;” (Al-Mu’minuun: 1-2)

Dengan terang dan jelas dinyatakan bahawa orang beriman yang berjaya adalah yang khusyuk dalam solatnya.

Maka berusahalah sedaya mampu untuk mendapatkan khusyuk. Antaranya ialah dengan memahami maksud setiap ayat yang dibaca serta menghayati hikmah setiap pergerakan yang diatur begitu rapi dan sempurna dalam solat.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia