Kepentingan Menuntut Ilmu

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar 39:9)

Satu persoalan yang dilontarkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran. Persoalan yang tidak memerlukan jawapan kerana jawapannya diketahui oleh semua orang yang berakal waras dan sempurna.

Kepentingan Orang Berilmu

Orang yang berilmu, yang mengetahui tentang sesuatu selamanya tidak sama dengan orang jahil, yang tidak mengetahui tentang sesuatu.

Dalam urusan apa sekalipun, sama ada urusan agama atau urusan dunia, orang yang berilmu akan berada di hadapan, memimpin dan membimbing orang yang tidak berilmu atau orang yang kurang ilmunya.

Apabila orang yang berilmu tidak memainkan peranan yang sewajarnya, akan berlakulah kerosakan dan kepincangan yang merugikan umat dan bangsa. Justeru, orang yang berilmu mesti menyedari kedudukan mereka serta kepentingan peranan yang dipikulkan di atas bahu mereka.

Kedudukan dan keistimewaan orang yang berilmu serta yang mencari ilmu dinyatakan dalam banyak ayat dan hadis serta ulasan-ulasan para ulama. Antaranya, firman Allah Taala bermaksud:

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujaadalah: 11)

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Kelebihan orang alim berbanding abid seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah daripada kalangan kamu. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya, sekalian penghuni langit dan bumi, sehingga semut di dalam lubangnya, dan ikan-ikan berselawat ke atas orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Riwayat at-Tirmizi. Dia berkata hadis ini adalah hasan sahih)

“Kelebihan orang alim berbanding abid seperti kelebihan bulan purnama berbanding seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi-nabi. Dan sesungguhnya nabi-nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Sebaliknya mereka mewariskan ilmu. Maka sesiapa yang mengambil ilmu, sesungguhnya dia telah mengambil habuan yang sepenuhnya.” (Riwayat at-Tirmizi dan lain-lain)

Daripada Sofwan bin Assal r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada pencari ilmu kerana redha dengan apa yang dicari.” (Riwayat Ahmad)

Terdapat tiga pendapat dalam mentafsirkan ‘meletakkan sayap’. Ia bermaksud mengembangkan sayapnya, atau tawaduk, merendah diri kepada orang yang menuntut ilmu, atau turun berhenti di majlis-majlis ilmu dan tidak terbang meninggalkannya.

Mu’adz bin Jabal r.a. berpesan: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah itu lambang takut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, mengulang kajinya adalah tasbih, menyelidiknya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Ilmu adalah teman ketika bersendirian dan sahabat ketika kesunyian.”

Ka’ab r.a. berkata bahawa Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa alaihissalam: “Wahai Musa, belajarlah kebaikan dan ajarkannya kepada manusia. Sesungguhnya Aku menerangkan kubur orang yang mengajar kebaikan dan mempelajarinya dengan cahaya sehingga mereka tidak berasa seram dan sepi di tempat mereka.”

Kewajipan Menuntut Ilmu

Justeru, untuk meraih darjat yang mulia di sisi Allah, Muslim mesti mempunyai agenda yang khusus dalam menambah ilmu dan menyampaikannya. Lebih-lebih lagi menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap individu Muslim.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Namun, bukan setiap orang wajib belajar semua ilmu. Menurut pengarang kitab ‘Mukhtasar Minhaj al-Qasidin’, Ibn Qudamah, tiada kesepakatan tentang apakah ilmu yang wajib ke atas semua Muslim.

Fuqaha berkata, ilmu fiqh kerana dengan ilmu itu dapat diketahui halal dan haram. Mufassirun (ahli tafsir) dan muhaddithun (ahli hadis) berkata, ilmu Kitab dan Sunnah kerana kedua-duanya adalah sumber segala ilmu.

Ahli sufi berkata, ilmu tentang ikhlas dan yang merosakkan hati. Mutakallimun atau ahli-ahli ilmu kalam berkata, ilmu kalam itulah yang wajib. Beliau menambah, terdapat banyak lagi pendapat-pendapat yang pada pandangannya tidak memuaskan hatinya.

Bagi Ibn Qudamah, yang betul adalah ilmu bagaimana seseorang hamba berinteraksi dengan Tuhannya dalam tiga aspek: Iktikad, apa yang wajib diamalkan dan apa yang wajib ditinggalkan. Apa yang disebutkan itu merupakan ilmu fardu ain yang wajib dipelajari oleh semua Muslim.

Selain daripada itu, terdapat ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu fardu kifayah. Ia merupakan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan hidup di dunia.

Contohnya ilmu perubatan. Ia sangat penting demi menjaga kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang diperlukan untuk melaksanakan berbagai-bagai tanggungjawab sesuai dengan tuntutan sebagai khalifah di bumi. Begitu juga ilmu-ilmu perusahaan lain seperti pertanian, penternakan, perkilangan, penghakiman dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap Muslim wajib mempelajari dan menguasai ilmu fardu ain dengan selengkapnya, kemudian mempelajari sekurang-kurangnya satu bidang daripada bidang-bidang ilmu fardu kifayah supaya dia dapat menjadi penyumbang yang bermakna kepada kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara.

Petikan daripada kitab ‘Mukhtasar Minhaj al-Qasidin’ karangan Ibn Qudamah
Ustazah Maznah Daud adalah ahli Penulis Wanita IKRAM (PENAWAN) & Penasihat PENA Syariah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia