Hari Keluarga Hulu Selangor jalin ukhuwah di jalan dakwah
HULU SELANGOR – Kesegaran tapak perkhemahan dengan rimbunan pohon menghijau dan air sungai yang jernih, selain kemudahan asas seperti dewan utama, surau, dewan makan dan bilik air yang agak selesa pasti meninggalkan kenangan manis kepada lebih 150 ahli dan rakan IKRAM bersama keluarga masing-masing yang hadir ke program ‘Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor 2011’ semalam.
Berkhitan amalan para nabi
KOTA BHARU – Seramai 23 remaja lelaki bersama ibu bapa masing-masing telah memenuhi Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan bagi menyertai program berkhitan beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi pada 3 Disember 2011.
178 remaja ‘digilap’ dalam XREK‘11
HULU LANGAT – Seramai 178 pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengharungi pengalaman berharga di Idaman Nurani Camp di sini kerana mengikuti program motivasi Ekspedisi Remaja Kental 2011 (XREK’11) pada 22-24 November lalu.
SUPERB IKRAM Johor memang ‘superb’!
JOHOR BAHRU – Bersempena hari keputeraan Sultan Johor, Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari Selasa 22 November yang lalu, Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia (JKPRB) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor telah menganjurkan Sukan Pemuda Remaja Belia (SUPERB) IKRAM Johor. Kejohanan telah dilangsungkan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dengan JKPRB Bandar Raya Johor Bahru bertindak sebagai tuan rumah.
Selamat Tahun Baru!
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan selamat menyambut 1 Muharam 1433H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat khususnya ahli-ahli IKRAM walau di mana sahaja anda berada. Mudah-mudahan Maal Hijrah hari ini menyuntik keazaman baru kepada semua umat Islam untuk kembali menghayati cara hidup Islam yang sebenar. Berhijrahlah kepada ketakwaan dengan penuh keinsafan dan hikmah agar rahmat Allah […]
NICE anjur konvoi bermotor “Kembara Kasih Ummah” 10 Disember

Kenyataan Media NICE
23 Nov 2011
TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND
PENYERAHAN FASA 2 DAN PROGRAM “KEMBARA KASIH UMMAH”
Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand.