Berkhitan amalan para nabi

Program ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Kota Bharu dan Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum majlis dimulakan, para ibu bapa dan anak-anak telah bersama-sama menunaikan solat dhuha yang diketuai oleh Yang Dipertua IKRAM Kota Bharu, Ustaz Dr Mohd Sharani bin Mohd Naim. Selesai solat dhuha, para peserta dan ibu bapa masing-masing disajikan dengan santapan rohani oleh Ustaz Abdul Rashid Latif, Mudir SRI Aman, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan. Antara lain, tazkirah beliau menyentuh perihal amalan berkhitan sebagai amalan para nabi.

Tuan Haji Muhammad bin Baharuddin, Imam Masjid Mukim Tapang dalam ucapan aluan beliau telah melahirkan rasa kegembiraan lantaran berlangsungnya program ini yang julung kalinya diadakan di Masjid Mukim Tapang.

Khitan Masjid Tapang Khitan Masjid Tapang

Khitan Masjid Tapang Khitan Masjid Tapang

Seramai tujuh orang pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Dinsuhaimi bin Mohd Sidik telah berganding bahu melaksanakan khitan keatas 23 orang remaja Mukim Tapang dan sekitarnya.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia