178 remaja ‘digilap’ dalam XREK‘11

XREK'11Pengarah program, Atiq (kanan) berkata, XREK merupakan satu elemen daripada Program Dua Tahun Pelajar Cemerlang (PRODUCE) anjuran Jawatankuasa Pemuda IKRAM Pusat di bawah kendalian IKRAMTeens Pusat.

“Program tiga hari dua malam ini telah sampai ke generasi ketujuh (PRODUCE Gen 7) dan melibatkan anak-anak berumur 15 tahun dari seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis. Para peserta terdiri daripada 108 remaja lelaki dan 70 remaja perempuan dengan Selangor menampilkan peserta teramai iaitu 47 orang,” jelas beliau.

XREK'11 XREK'11 XREK'11

Bagi menjayakan XREK’11 ini, IKRAMTeens selaku tuan rumah telah bersedia dengan pelbagai aktiviti ‘outdoor’ menarik bertujuan membina jati diri dan semangat kental peserta sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diingatkan supaya berusaha melaksanakan aktiviti sebaik mungkin kerana prestasi mereka akan dinilai.

XREK'11 XREK'11 XREK'11

Ice breaking, pertandingan memasak, treasure hunt, obstacles, ceramah, night walk, qiamulail, Kembara Siang dan Studio IKRAM adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mengujakan peserta, malahan menyuburkan semangat kerjasama dan ukhuwah kepada semua termasuk kumpulan fasilitatornya. Jurang perbezaan antara negeri dan sekolah juga berjaya dirapatkan di sepanjang program.

Bagaimanapun, aktiviti night walk yang dijadualkan berakhir jam 4.00 pagi terpaksa ditamatkan dua jam lebih awal berikutan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan jalan licin. Aktiviti war game juga tidak dapat diadakan kerana sebab-sebab tertentu dan digantikan dengan pertandingan memasak.

XREK'11 XREK'11

“Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi segala kekurangan dalam ekspedisi ini, dan biarpun masih ada kelemahan, ia tidak sedikit pun merencatkan misi dan objektif program ini,” kata Atiq.

XREK'11 XREK'11

Pada majlis penutup, hadiah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang menang. Setiap peserta pula menerima cenderamata berupa sehelai baju-T ‘Brotherhood Arts’.

Sebelum XREK’11 melabuhkan tirainya, semua peserta dan fasilitator bergambar beramai-ramai dan menyanyikan lagu tema, ‘Gelombang Keadilan’.

XREK'11

 

*Terima kasih daripada penganjur kepada semua peserta dan pengendali yang terdiri daripada Abang Bai, Atiq, SiraajMuneer, Syed Syazwan, Atif, Mun’im, Sulaim, Irfan, Kak Nina, Muslihah, Amirah, Tasneem, Ain dan Hidayah serta semua pengiring peserta dari setiap negeri.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia