Hari Keluarga Hulu Selangor jalin ukhuwah di jalan dakwah

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Program yang berlangsung meriah di Kem Rimba Tamu, Hulu Tamu, Batang Kali itu menggabungkan tiga unsur utama ukhuwah iaitu taaruf, jalinan silaturahim dan apresiasi kejayaan. Ia telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Maarif Ismail.

Bermula jam 8.30 pagi, program dikendalikan oleh pengacara yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hj Ibni Khalid Jurait atau lebih popular dengan gelaran IKJ. Beliau kemudiannya menjemput Ahmad Syahmi Amin bin Ahmad Bukhari (kiri), 16, untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dari surah at-Tahrim. Ahmad Syahmi, yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak berumur 15 tahun, kini sedang mengikuti pengajian di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang.

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Dr Muhammad Azhar Zailaini berkata, program hari keluarga memberi peluang kepada ahli-ahli dan rakan-rakan IKRAM berkumpul bersama keluarga masing-masing di suatu tempat secara santai, seterusnya berkenalan secara lebih mendalam bagi menyuburkan ukhuwah. Ia juga medan mewujudkan suasana mesra antara ahli lama dan baru, lebih-lebih lagi apabila dapat beraktiviti dalam satu pasukan.

“Sebelum ini, biasanya kita mengadakan pertemuan seperti ini jauh di luar Hulu Selangor. Kali ini kita anjurkan di sini, dan alhamdulillah, nampaknya lebih ramai yang dapat turut serta,” ujar beliau, merujuk kepada aktiviti ‘Program Pembangunan Ahli’ pra-IKRAM yang diadakan antaranya di Port Dickson, Kuala Kangsar dan Pekan.

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Lebih bermakna, tambah beliau, Hari Keluarga pada tahun ini diserikan dengan majlis anugerah untuk anak-anak yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM dan STAM. Bahkan ibu bapa yang menamatkan pengajian lanjutan dan memperoleh ijazah sama ada Diploma, Sarjana Muda mahupun Sarjana juga diiktiraf kegigihannya. Penerima anugerah masing-masing menerima sijil dan wang tunai sebagai tanda penghargaan.

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Hari Keluarga IKRAM Hulu SelangorUstaz Shamsul Maarif (kiri) dalam ucapan perasmiannya menarik perhatian hadirin dengan menjelaskan ciri-ciri masyarakat yang menjadi asas sebuah daulah Islamiah.

“Kita lihat negara Islam seperti Gaza, walaupun terus dizalimi Israel sejak sekian lama, namun masih mampu bertahan. Kenapa? Kerana umat Islam di Gaza dibina berasaskan ubudiah kepada Allah. Sebagai contoh, solat berjemaah lima waktu di masjid-masjid di sana, bilangan para jemaahnya sama sahaja seperti solat Jumaat. Mereka sejak kecil dilatih supaya bersatu dan bersiap sedia; hasilnya lahirlah individu-individu yang sentiasa bersedia untuk berdakwah di jalan Allah,” terang beliau.

Pada sesi perkongsian, Hj A Khalil Khamis menceritakan pengalaman beliau menyertai misi Aqsa2Gaza2 pada bulan Ramadan (Ogos) lepas. Antara kenangan yang tidak dapat beliau lupakan adalah wajah-wajah penduduk Gaza yang sekalipun teruk dizalimi, namun tidak sedikit pun menunjukkan kesedihan atau meminta bantuan.

Aktiviti Hari Keluarga Hulu Selangor 2011 seterusnya diisi dengan acara sukaneka yang membabitkan pelbagai peringkat umur serta acara yang dinanti-nantikan anak-anak – mandi sungai!

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Para peserta kemudiannya menunaikan solat Zuhur berjemaah dan menikmati juadah makanan tengah hari berupa nasi goreng dengan barbeku kambing, ayam dan sosej. Selain itu, buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan turut disajikan.

Program ditamatkan pada pukul 2 petang bagi memberi laluan kepada satu lagi program daerah, Gempur Remaja Kental (GEMPAK ’11) yang diadakan di tempat yang sama.

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor

Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Pengarah Program Hj Adnan Ahmad yang tidak dapat bersama kerana menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Pulau Pinang. Tugasan beliau diambil alih oleh isterinya, Hjh Nor Hafizah Daud.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia