Kelab berbasikal IKRAM Randonneurs dilancarkan

JOHOR BAHRU – Kelab berbasikal IKRAM Negeri Johor, IKRAM Randonneurs telah dilancarkan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Arshad Ahmad di perkarangan Kompleks IKRAM Johor di Taman Universiti, Skudai dengan acara kayuhan sejauh 20 km oleh 130 orang pengayuh yang bertemakan “Ride for Ukhuwwah” pada Rabu 11 April 2012 yang lalu.
STEP 2012: Lebih 1,200 pelajar hadiri program sulung Kelab IKRAM Mesir

KAHERAH – Konvensyen Sliding Through Experience as Professionals (STEP 2012) telah diadakan pada Jumaat 6 April 2012 yang lalu di Al-Azhar Conference Centre dengan kehadiran lebih 1,200 pelajar perubatan. Konvensyen yang bertemakan “Medicine & Faith: Empowering the Muslim Doctors” adalah program sulung Kelab IKRAM Mesir dengan kerjasama Education Malaysia Egypt (EME) dan Medic Mesir.
D’Madani: Latihan membina kepimpinan ummah

KUALA LUMPUR – “Sumber yang jelas dan formula yang tepat adalah dua laluan ke arah pembinaan tamadun dan seterusnya melahirkan masyarakat madani”, begitu antara yang dipesan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ketika merasmikan Daurah Masyarakat Madani (D’Madani) pada Sabtu 7 April 2012 yang lalu.
Teater Islamofobia pamer keunikan, kikis prejudis

KUALA LUMPUR – Biar pun masih baru dalam arena teater, para pelakon Islamofobia mempamerkan persembahan yang mampu mengikis prejudis terhadap Islam di kalangan bukan Islam. Uniknya majoriti pelakon adalah bukan Islam dan berlakon secara sukarela di Dewan Muktamar JAWI di sini pada Sabtu 7 April 2012 yang lalu.
Ukhuwah juarai ‘Futton’ Shah Alam-Kajang
SHAH ALAM – Kalau kemenangan yang dicari, sudah tentu setiap pasukan akan menampilkan pasukan terkuat untuk mengungguli saingan. Kalau kemasyhuran yang dikejar, sudah tentu bertali arus ayat ditulis dalam milis dan laman sosial untuk mengangkat pasukan masing-masing.
Pulihkan masyarakat, bina generasi baru – Dr Parid

KUALA LUMPUR – Sebuah gerakan dakwah perlu mempunyai halatuju untuk memulihkan masyarakat umum dan membina generasi baru sebagai duat yang akan menggerakkan dakwah, kata Presiden IKRAM Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam ucaptama dan perasmian Muzakarah Dakwah Nasional 2012 pada Sabtu 31 Mac 2012 yang lalu.