Brotherhood Futsal Belia Ikram-HALUAN Ipoh sengit, penuh ukhuwwah

IPOH – Brotherhood Futsal Belia Ikram-HALUAN Ipoh telah berjaya diadakan dalam suasana penuh ukhuwwah di ProSport Futsal pada Selasa 26 Jun yang lalu bermula jam 9.00 malam. Perlawanan sengit ini diakhiri dengan kemenangan di pihak tuan rumah, Belia Ikram Ipoh dengan jaringan gol 14-13 menewaskan Kelab Belia HALUAN Ipoh (KBHI) yang berjersi kuning.
Misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza berjaya – Bahagian 3

Dalam misi A2G4, anggota misi berkesempatan melawat ladang lembu tenusu, kilang roti, kilang keju, kolam ikan, pusat wanita dan hospital kanser di samping menyampaikan sumbangan kewangan tambahan untuk beberapa projek, sumbangan kepada fakir miskin dan menyalurkan bantuan bagi usaha membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel.
Semarak Kasih: Air mata jadi saksi
BANDAR BARU BANGI –Tanpa ibu bapa, tiadalah kita di dunia ini. Tanpa pengorbanan dan asuhan daripada mereka, kita mungkin tidak sehebat hari ini. Bagi mengenang jasa dua insan istimewa ini, satu program khas yang dinamakan ‘Majlis Semarak Kasih’ (MSK) telah diadakan di Bangi Golf Resort pada pagi Sabtu, 23 Jun yang lalu.
Wacana Wanita dan Syariah bicara kesaksamaan, pemantapan institusi keluarga

KUALA LUMPUR – Wacana Wanita dan Syariah anjuran Wanita Ikram Wilayah Persekutuan (WP) dan Felcra Training and Consultancy telah diadakan pada Ahad 24 Jun lalu di bangunan Wisma Felcra, Wangsa Maju bertemakan “Aspirasi Wanita Islam dalam Transformasi Umat Wasatiyyah” dengan kehadiran memberangsangkan iaitu seramai 224 peserta.
Ikram ucap tahniah buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang baru

Kenyataan Media
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
25 Jun 2012 / 5 Syaaban 1433 H
Ucapan Tahniah Buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir Yang Baru
Karnival Kesihatan Ikram salurkan khidmat, sampaikan dakwah

KEMAMAN – Program khidmat masyarakat, Karnival Kesihatan Ikram telah diadakan di Felda Kerteh 5 anjuran Ikram Daerah Kemaman dan Dungun pada Sabtu 23 Jun 2012 yang lalu, bertujuan untuk menyalurkan khidmat seterusnya menyampaikan dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat.