Misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza berjaya – Bahagian 3

Lawatan ke ladang ternakan lembu tenusu AQSA-ISJ

Ternakan lembu yang dimulakan seawal 2010 oleh Islamic Society of Jabalia (ISJ) di Utara Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui Aqsa Syarif kini semakin membiak dan menakjubkan.

Dalam lawatan misi baru-baru ini, bilangan lembu tenusu di ladang ternakan sudah mencecah 70 ekor (ibu lembu-lembu baka sumbangan rakyat Malaysia sudah melahirkan 9 ekor anak) dan hasil susu yang begitu banyak dihasilkan oleh setiap ekor lembu sehingga mencecah 30 liter susu untuk seekor lembu dan diperah secara automatik dua kali sehari.


Dengan kaedah yang sistematik, 12 ekor lembu di bawa ke tempat pengumpulan susu setiap masa. Setelah dibersihkan dengan semburan air di bahagian susu yang begitu besar, susu disedut dengan mesin secara automatik dan setiap bekas pengumpulan susu dipenuhi sehingga mencecah 30 liter untuk seekor lembu.

Susu-susu tersebut kemudiannya dikumpulkan di sebuah bekas yang besar dan dipindahkan ke tong-tong aluminium atau plastik untuk di bawa ke pusat pengedaran susu segar dan ke kilang pemerosesan keju dan produk-produk tenusu yang lain.

ISJ kini meneroka bidang berkaitan dengan menyewaan ladang tanaman rumput makanan lembu sendiri dan penghasilan rumput di proses sendiri menjadi dedak untuk makanan lembu yang dibela di ISJ. Dengan demikian, kos makanan lembu ternakan sentiasa diperolehi secukupnya dan menjimatkan. Kini hasil tenusu dalam pelbagai jenis produk telah diperuntukan untuk disumbangkan secara percuma oleh ISJ kepada 200 keluarga fakir miskin setiap bulan.

Lawatan ke kilang roti Aqsa Syarif

Anggota misi A2G4 telah dibawa ke kilang roti Malaysian-PalestinianFriendship Bakery di pinggir bandaraya Gaza bagi melihat sendiri proses pengeluaran roti untuk jualan dan edaran kepada penduduk Gaza.

Projek bernilai RM640,000 yang mula beroperasi pada 28 Jun 2011 kini telah menjadi pilihan penduduk Gaza kerana kualiti pengeluaran yang baik yang menggunakan kaedah automatik sepenuhnya. Roti-roti dijual di kilang dan diedarkan oleh pengedar-pengedar ke kedai-kedai runcit sekitar bandaraya Gaza.


Kesemua sukarelawan yang menyaksikan proses pembuatan roti sangat teruja. Mereka menyaksikan bagaimana tepung dimasukkan di dalam alat penggaul automatik, kemudian melalui proses pembentukan ketul-ketul tepung yang kemudiannya memasuki mesin menghimpit menjadikan kepingan-kepingan tepung yang melalui conveyor dan jatuh satu persatu dalam barisan yang teratur kemudian memasuki oven dan keluar secara automatik menjadi roti yang gebu dan berasap.

Para peserta juga sempat membantu membuat pembungkusan roti-roti tersebut dan kemudiannya dibawa ke kenderaan transit untuk edaran ke kedai-kedai di serata Gaza.


Menurut Abdel Rahim Shehab, Pengerusi ISJ menyatakan bahawa kilang itu kini sudah mencapai keadaan self-sustain (berdiri sendiri) dengan keuntungan hasil jualan roti yang dihasilkan. Malah keuntungan kilang ini telah berjaya memperuntukkan sekitar 200 keluarga miskin untuk menerima roti-roti hasil kilang ini.

Kejayaan projek kilang roti ini antara lain ialah keupayaan menyediakan pekerjaan kepada penduduk dan secara langsung juga memberi peluang lebih ramai penduduk Gaza menjadi pengedar roti ke kedai-kedai. Kewujudan kilang tersebut juga tepat pada waktunya di dalam keadaan Gaza mengalami kekurangan pekerjaan disebabkan blockade dan serangan kejam oleh rejim Israel pada 2008-2009.

Lawatan ke kilang keju

Aqsa Syarif kini telah menyalurkan bantuan untuk ternakan lembu tenusu untuk dua ladang ternakan, iaitu di Jabalia yang diusahakan oleh ISJ dan di Beithlahya yang diusahakan oleh Islamic Society of Beithlahya (ISB). Kedua-dua ladang ternakan lembu tersebut juga menghasilkan susu lembu masing-masing dan dari hasil tenusu telah diusahakan pengeluaran keju, yogurt dan produk tenusu yang lain.


ISJ mempunyai kilang keju yang lebih besar dan menghasilkan pelbagai produk tenusu kerana pengalaman lebih dua tahun dalam bidang tersebut. Baru-baru ini, kilang keju ISJ telah berpindah ke premis baru manakala penghasilan keju di ISB masih menggunakan kaedah manual dan dijalankan di tempat yang sama susu diperah.

Ketika lawatan misi A2G4 ke kilang pembuatan keju, para peserta juga dapat pengalaman melihat sendiri bagaimana keju dihasilkan daripada tenusu dari ladang yang ditaja Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia. Malah mereka berpeluang menikmati rasa keju dan yogurt yang segar.

Ustaz Haris Bain bagi pihak Kelab Ikram Mesir turut menyampaikan bantuan tambahan untuk kilang keju ISJ dalam majlis tandatangan dan perletakan batu asas projek terbaru Aqsa Syarif MyPIV.

Projek ternakan ikan diteruskan

Projek ternakan ikan yang turut dibiayai oleh rakyat Malaysia di Gaza diurus oleh ISJ telah dikunjungi anggota misi A2G4. Pihak ISJ menyatakan bahawa projek ini perlu diteruskan kerana tentera Israel maseh memberikan sekatan kepada para nelayan Gaza untuk ke laut dengan bebas. Hasil ikan ternakkan ini pula sebahagiannya telah diperuntukkan untuk diberikan kepada rakyat miskin bersama produk kilang roti AQSA-ISJ.


Sumbangan roti, keju dan ikan kepada fakir miskin

Hasil ternakan ikan, lembu tenusu dan kilang roti AQSA-ISJ kini telah menghasilkan lebihan (keuntungan) dan pihak ISJ yang mengurus projek-projek tersebut secara profesional dan cemerlang telah mampu diagih-agihkan kepada para fakir miskin di Gaza.

Projek-projek yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang disalurkan Aqsa Syarif melalui badan kemanusiaan ISJ semenjak 2010 bukan sahaja mampu menyediakan bekalan makanan yang sangat diperlukan di Gaza, malah telah memberi peluang pekerjaan kepada puluhan kakitangan yang sememangnya memerlukan peluang pekerjaan selepas ‘blockade’ dan serangan terhadap Gaza oleh rejim zalim Israel.

Bahkan, hasil perusahaan-perusahaan tersebut telah diperuntukkan untuk tabung fakir dan miskin di Gaza. Dikalangan mereka adalah anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang yang cacat anggota disebabkan serangan Israel.


Sukarelawan misi A2G4 telah diberi peluang menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut dalam majlis khas yang dianjurkan di Jabalia oleh ISJ. Kanak-kanak diraikan dengan lagu-lagu nasyid dan kehadiran badut-badut bagi menggembirakan anak-anak yatim tersebut. Barang-barang mainan dalam bentuk anak patung dan kereta mainan diedarkan juga kepada anak-anak di samping makanan asasi seperti roti, keju dan ikan kepada keluarga-keluarga miskin yang disenaraikan oleh ISJ sebagai keluarga yang diberi bantuan makanan secara bulanan.

Dengan penuh terharu tetapi penuh kesyukuran, para sukarelawan A2G4 telah mewakili rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan barang-barangan makanan asas dan secara simbolik menyampaikan salam dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin sebagai saudara seislam.

Menurut Pengerusi ISJ, persatuannya sentiasa diperingatkan oleh Perdana Menteri Palestin di Gaza, Dr Ismail Haniyeh, bahawa kebajikan rakyat miskin perlu sentiasa dijaga. ISJ melalui pengurusan yang profesional telah berjaya menyelenggara beberapa projek kritikal bersama Aqsa Syarif.

Darul Quran Wa Sunnah: Pusat Wanita Rose2Rose (R2R)

Misi A2G4 juga melawat pembinaan bangunan Darul Quran Wa Sunnah, sebuah projek R2R AQSA yang terletak di bandar Rafah, selatan Gaza. Projek bernilai RM300,000 ringgit hasil sumbangan rakyat Malaysia akan menempatkan pusat wanita melaksanakan pelbagai aktiviti. Di antara aktiviti utama ialah pendidikan dan pengajaran Al-Qur’an.

Kerajaan Hamas pimpinan Dr Ismail Haniyeh menjadikan Al-Quran sebagai asas segala kehidupan. Proses pendidikan Al-Quran dijalankan secara formal dan tidak formal melibatkan semua golongan daripada kanak-kanak dan orang dewasa, laki-laki dan wanita. Walaupun pendidikan dijalankan pada umumnya di masjid-masjid khususnya untuk kanak-kanak laki-laki, namun untuk wanita perlu disediakan tempat yang lebih kondusif.


Ketika lawatan peserta misi ke projek Darul Quran iaitu selepas solat Maghrib, kami dapati bekalan elektrik di Rafah putus dan kami bergelap sebagai tetamu. Namun majlis penerangan diteruskan dengan penerangan perkembangan projek. Dr Mohd Zin yang dijemput berucap dan sambil menggunakan lampu suluh, beliau menerangkan tentang kesungguhan AQSA untuk membantu masyarakat Gaza khususnya Darul Quran.

Selepas majlis ringkas dan serahan cenderamata dalam bentuk mushaf al-Quran, kami melawat sekitar bangunan yang sedang dalam pembinaan dengan lampu suluh. RM100,000 sudah disalurkan dan sejumlah RM200,000 akan diserahkan ketika misi A2G7 nanti.

Hospital Kanser Kanak-kanak Rantisi dan Bilik Permainan AQSA

Misi A2G4 turut menziarahi kanak-kanak Gaza yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kanser Kanak-kanak Rantisi. Hospital ini menempatkan kanak-kanak yang mengidap pelbagai penyakit dan ada yang disebabkan persekitaran dan keracunan dan radiasi disebabkan oleh serangan bersenjata rejim Zionis yahudi. Ada di kalangan kanak-kanak yang terpaksa semenjak kecil lagi mendapat rawatan berterusan kerana penyakit yang dihidapi.


Lawatan ringkas tetapi penuh bermakna di dalam menyampaikan sokongan dan simpati penduduk Malaysia, sukarelawan Aqsa Syarif dan Ikram sempat bertanya khabar dengan ibu bapa yang sedang menunggu dengan sabar anak-anak mereka yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini. Beberapa keping coklat Aqsa Syarif yang di bawa khas dari Malaysia turut diberikan kepada kanak-kanak di hospital yang diziarahi.

Bekalan elektrik yang seding putus di seluruh semenanjung Gaza juga membuatkan rawatan di hospital ini sering menghadapi masalah, terutama kepada anak-anak yang menjalani rawatan darah dialisis. Oleh itu, AQSA telah menyumbangkan RM50,000 untuk pembelian UPS khas bagi dipasang di hospital ini bagi membantu sebagai sokongan bekalan elektrik dan mengatasi proses perubatan daripada terganggu.


Para sukarelawan sempat mengunjungi bilik bacaan dan permainan kanak-kanak di hospital ini yang telah sempurna diwujudkan dan disediakan pelbagai kemudahan permainan dan bacaan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Beberapa keping lukisan dan kad daripada anak-anak di Malaysia yang dibawa bersempena misi ini turut disampaikan dan ditampal di dinding bilik permainan sebagai tanda sokongan dan kebersamaan serta simpati kanak-kanak Malaysia terhadap kanak-kanak para anak mujahid di Palestin.

Majlis ringkas juga di adakan bagi penyampaian sijil-sijil penghargaan dari Khatwa Association kepada  mahasiswa Universiti Islam Gaza yang turut menyumbang tenaga dalam merekabentuk dan menyiapkan bilik permainan kanak-kanak tersebut. Sumbangan tambahan kepada Hospital Rantissi dan Khatwa Association bagi pembiayaan beberapa projek dan program turut disampaikan oleh wakil AQSA dan Ikram.

MoU membantu pembebasan tahanan Palestin di penjara Israel

Satu MoU telah dimeterai sebagai sokongan dan sumbangan ke arah pembebasan para tahanan Palestin yang sedang merengkok di penjara-penjara Israel. Melalui ISJ dan The Center for Political and Development Studies (CPDS), Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan kewangan sejumlah USD12,500 untuk usaha-usaha kempen dan penerbitan bahan-bahan berkaitan penderitaan dan hak-hak yang perlu diberikan terhadap para tahanan Palestin dipenjara-penjara Israel.

Majlis ringkas telah diadakan di Gaza baru-baru ini di mana Dr Mohd Tahir mewakili Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan pihak Palestin yang diwakili oleh Dr Mahmud Al-Hirtani.

Melalui sumbangan dana tersebut, usaha-usaha dijalankan untuk memberi hak keluarga para tahanan menemui mereka. Kini ribuan keluarga yang dinafikan untuk menemui ahli-ahli keluarga yang berada di dalam penjara. Malah ramai yang diberikan tekanan fizikal dan psikologi serta ditempatkan di sel-sel secara berasingan dalam jangkamasa yang lama.

Semoga segala sumbangan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif mendapat ganjaran terbaik daripada Allah Subhanahu Wa Taala dalam meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat Palestin.

Sumber: aqsa2gaza3.blogspot.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia