Wacana Wanita dan Syariah bicara kesaksamaan, pemantapan institusi keluarga

Ucaptama disampaikan oleh Ustazah Nabiroh Kassim mewakili JK Wanita Ikram Pusat. Sesi pertama adalah pembentangan oleh pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam UIAM, Prof Dr Najibah Md Zain dengan tajuk “Prinsip Kesaksamaan Lelaki dan Wanita menurut Perspektif Islam”.

Dr Najibah membentangkan prinsip dasar dalam Islam mengenai kesaksamaan hak lelaki dan wanita. Menurut beliau, Barat sering melihat prinsip Islam sebagai negatif kerana merujuk kepada amalan sosio-budaya masyarakat seperti budaya Afrika dan Pakistan yang bersifat patriarki. Maka peranan kita untuk memberikan kefahaman apakah prinsip Islam yang sebenarnya agar keindahan Islam terpelihara.

Sesi seterusnya disambung selepas rehat minum pagi dengan Forum bertajuk “Peranan Lelaki dan Wanita dalam Pemantapan dan Pengukuhan Institusi Keluarga” dikendalikan oleh moderator Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid. Panelis forum terdiri daripada Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram, Prof Dr Harlina Halizah Siraj dan Ustaz Emran Ahmad, seorang penceramah bebas, penulis buku dan juga penulis ruang rehal dalam akhbar Sinar Harian, menggantikan Dr Zaharuddin Abd Rahman yang tidak dapat hadir.

Forum tersebut mengupas tentang peranan lelaki dan wanita dalam membina dan mengukuhkan keluarga ini. Panelis turut mengajak para peserta supaya meletakkan asas iman dan matlamat besar iaitu ingin mecapai keredhaan Allah dalam pembinaan sesebuah rumahtangga.

Wakil media dari TV Al-Hijrah dan juga Sinar Harian turut hadir membuat liputan. Semoga penganjuran wacana sebegini memberi peluang percambahan dan perbincangan intelek dalam menyampaikan pemahaman yang benar kepada masyarakat di luar sana tentang wanita dalam konteks syariah. Tahniah kepada Wanita Ikram WP atas penganjuran yang bermanfaat ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia