Pengerusi Hidayah Centre: Raikan saudara baru di bulan yang mulia

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Was solatu was salaamu a’la Rasulillah, wa a’la aalihi wasohbihi wa man waalaah. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azza Wajalla, di atas limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat mengadakan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) bagi kali ke-8 tahun ini.
SMI Hidayah JB ungguli Debat Antarabangsa MUSLEH 2012

KUALA LUMPUR – Pasukan debat Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru mengungguli Kejohanan Antarabangsa Debat Pelajar MUSLEH Ke-4 2012 yang diadakan pada 4-8 Julai lalu di UTM Kampus Antarabangsa di sini dengan menjuarai kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Laluan ke Baitul Maqdis adalah melalui Damsyik – Ulama Syria

ISTANBUL – Delegasi Malaysia ke ‘Muktamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria’ di sini sempat mengadakan diskusi bersama ulama Syria, Syeikh Dr Muneer al-Ghatban dan Syeikh Mohamed Riyad Shokfah, Muraqib Am Ikhwanul Muslimin Syria.
Tabung Kasih Ummah Syria IKRAM umum sumbangan tambahan lebih RM180,000

ISTANBUL – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengumumkan sumbangan tambahan rakyat Malaysia sebanyak RM186,400 (USD60,000) untuk rakyat Syria melalui Tabung Kasih Ummah Syria dalam ‘Muktamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria’ di sini.
Rose2Rose Charity Dinner: Amal rakyat Malaysia untuk wanita Palestin

KUALA LUMPUR – Majlis makan malam amal, ‘Rose2Rose Charity Dinner’ telah diadakan pada Sabtu malam, 14 Julai lalu di Dewan Kristal, Menara TM sarat dengan pelbagai aturcara menarik dan unik untuk para penyumbang projek Rose2Rose Aqsa Syarif (AQSA) bagi membantu kebajikan wanita Palestin.
Resolusi penting Muktamar Syria di Turki

ISTANBUL – Muktamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria anjuran Persatuan Ulama’ Muslimin Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, dengan kerjasama Rabitah Ulama’ Syria pada 1-3 Julai yang lalu telah menghasilkan beberapa resolusi dan saranan penting untuk membela perjuangan rakyat Syria.