Tabung Kasih Ummah Syria IKRAM umum sumbangan tambahan lebih RM180,000

Sumbangan ini diumumkan oleh Naib Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa IKRAM, Ust Wan Subki Wan Salleh semasa perkongsian usaha IKRAM dan pertubuhan Islam di Malaysia yang lain untuk membantu rakyat Syria.

Ustaz Wan Subki turut menyampaikan sebahagian sumbangan sebanyak USD15,000 kepada wakil Rabitah Ulama’ Syria, Syeikh Dr Muneer al-Ghatban sebagai pendahuluan manakala bakinya yang berjumlah USD45,000 akan disampaikan sepenuhnya pada bulan Ramadhan nanti. Syeikh al-Ghatban merakamkan penghargaan kepada IKRAM dan rakyat Malaysia atas sokongan mereka membantu kebajikan rakyat Syria.

Dengan penyerahan ini, jumlah sumbangan Tabung Kasih Ummah Syria yang berjaya diserahkan ialah RM233,000 (USD75,000). Jika ditambah dengan USD45,000 pada Ramadhan ini, jumlah sumbangan ini dijangka meningkat kepada RM372,800 (USD120,000).

Muktamar anjuran Persatuan Ulama’ Muslimin Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, dengan kerjasama Rabitah Ulama’ Syria pada 1-3 Julai yang lalu turut dihadiri Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor(Aqsa Syarif), Ustaz Noor Syazly Rameli dan Saudara Naim Jusri serta perwakilan PAS dan ABIM.

Muktamar yang bertemakan “Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertakwa” mengumpulkan para ulama’, wakil-wakil gerakan Islam dunia dan juga wakil pemimpin pembebasan Syria sebagai bentuk perkongsian pendedahan serta perkembangan terkini di Syria dan memupuk kesedaran membantu perjuangan rakyat Syria.

IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyumbang melalui Tabung Kasih Ummah Syria, yang menunjukkan keprihatinan mereka untuk membantu umat Islam yang menderita akibat penindasan dan kekejaman rejim Basyar di Syria.

Tabung Kasih Ummah Syria masih lagi dibuka untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang sempena bantuan tambahan untuk rakyat Syria pada bulan Ramadhan ini. Sumbangan boleh dibuat atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia melalui akaun Bank Islam 12029-01006-3512.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia