SMI Hidayah JB ungguli Debat Antarabangsa MUSLEH 2012

Semasa perlawanan akhir, pasukan debat Bahasa Inggeris SMIH terdiri daripada Maryam Liyana Ahmad Termizi, Sara Husna Hamidon dan Muhd Noor Waiz Md Kahar sementara pasukan debat Bahasa Arab SMIH terdiri daripada Nurul Abrar Md Isa, Abdullah Azzam Sufyan dan Nur Syahirah Abd Rahman. Noor Waiz dan Nurul Abrar turut dinobatkan sebagai pembahas terbaik bagi perlawanan akhir kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


Juara debat dari kiri: Pasukan SMIH (Bahasa Inggeris), Pasukan SMIH (Bahasa Arab) dan Pasukan STAR (Bahasa Melayu).

Naib Johan kategori Bahasa Inggeris adalah pasukan Sekolah Menengah Islam Sri Al-Amin Bangi (SMIAAB) manakala Naib Johan kategori Bahasa Arab dimenangi pasukan Madrasah Al-Junied Al-Islamiah Singapura. Pasukan debat Bahasa Inggeris SMIAAB yang menjadi Naib Johan terdiri daripada Luqman Hakim Azizi, Solehah Badrol dan Izdihar Mohd Hariffin.

Debat kategori Bahasa Melayu pula dijuarai oleh pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh manakala Naib Johan dimenangi pasukan SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. Dinie Zhafri Zainuddin dari STAR telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Hadiah kepada pemenang dan piala pusingan telah disampaikan oleh Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Timbalan Naib Canselor UTM yang turut merasmikan penutup kejohanan pada 8 Julai lalu di Dewan Jemaah, diiringi oleh Prof Dr Omar Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM. Hadiah juara berupa piala pusingan, piala iringan, wang tunai Rm1,500 dan sijil penyertaan.

Debat antarabangsa kali ke-4 ini dianjurkan oleh IKRAM, Musleh dan UTM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, International Centre for Education Excellence (ICEE) dan UIAM dan kejohanan ditaja oleh Hospital Pakar An-Nur. Upacara perasmian kejohanan pula telah dirasmikan oleh Prof Dr Hamdani Saidi, Pengarah Kampus, UTM Kampus Antarabangsa pada 7 Julai lalu.

Kejohanan yang bertemakan “Towards the Advancement of Mithali Leaders” disertai oleh 31 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah-sekolah Musleh, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta dan juga daripada luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Pasukan debat luar negara adalah daripada SMA Terpadu Mutiara (Indonesia), Madrasah Al-Junied Al-Islamiah (Singapura), serta Sekolah Hatyai Wittayakarn dan Islahiah School (Thailand).

Antara asrama penuh terkenal  yang menyertai debat ini ialah STAR, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) dan Tunku Kurshiah College (TKC).

Tahniah kepada penganjur kejohanan, para peserta dan juga para pemenang debat antarabangsa ini terutamanya sekolah Musleh iaitu SMIH dan SMIAAB kerana mampu melangkah ke perlawanan akhir dan melahirkan para pembahas yang soleh dan musleh yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, insya-Allah.

Sumber gambar:

[FB Musleh 1] [FB Musleh 2] [FB Musleh 3]

[FB Musleh 4] [FB SMIH]      [Lotfi Al-Fikri]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia