“Prestasi tarbiah meningkat tetapi kerja kita masih banyak”

“Kita juga perlu membina para nuqaba’ yang berwibawa dan memiliki ciri-ciri yang melayakkan mereka menjalankan amanah mentarbiah ahli-ahli IKRAM lain,” tambahnya.

Ustaz Tajul berkata demikian ketika menegaskan kepentingan pembinaan nuqaba’ dalam Mukatamar Tarbawi Nasional 2010 Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Muktamar yang berlangsung pada hari ini di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dihadiri oleh 1,876 ahli aktif dan ahli teras IKRAM dari seluruh Malaysia. Sebahagian besar mereka adalah para nuqaba’ dan penggerak tarbiah IKRAM.

Muktamar tahunan ini membincangkan isu-isu generik dalam tarbiah kalangan ahli IKRAM. Objektif utama muktamar ini menurut Ustaz Tajul ialah memberi semangat dan dorongan kepada para naqib bagi memikul beban amanah dakwah dan tarbiah agar mereka lebih komited.

IKRAM meletakkan tanggungjawab besar kepada para nuqaba untuk membentuk ahli-ahli yang lain. Para naqib bertanggungjawab melahirkan ahli-ahli yang memiliki ciri-ciri yang melayakkan mereka memainkan peranan memajukan dakwah di tengah-tengah masyarakat.

“Kepentingan membina tarbiah ahli sangat penting kerana mereka yang berkualiti sahaja yang akan mampu memilih dan membentuk anasir-anasir yang berkualiti dan melaksanakan dakwah”, ujar Ustaz Tajul lagi mengenai kepentingan membina nuqaba’.

“Kita yakin bahawa kemelut yang melanda masyarakat tidak akan dapat dirungkai dan diselesaikan melainkan dengan Islam. Namun, ahli-ahli IKRAM hendaklah mentarbiah dirinya sendiri sebelum mampu mentarbiah orang lain.”

“Untuk itu, kita akan terus melaksanakan dan membina modul tarbiah dan menggerakkan latihan untuk ahli. Kita juga, insya-Allah akan menggunakan sistem dan teknologi agar nuqaba’ dapat mengukur dan menilai pelaksanaan setiap wajiba’ dan amal fardi ahli seperti mana yang ditetapkan oleh IKRAM,” Ustaz Tajul menghuraikan beberapa strategi daripada Jawatankuasa Tarbiah IKRAM untuk memantapkan tarbiah ahli.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia