Zina: Perkara haram yang paling disukai

Lebih 70 orang peserta yang datang dari pelbagai institusi seperti Wanita MCA, para pendidik, pelbagai NGO dan individu termasuk kakitangan kerajaan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah hadir.

Turut hadir adalah pegawai dari Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah membentangkan tiga tajuk berkaitan pendidikan seksualiti. Antara pembentangan yang disampaikan ialah ‘Pelaksanaan Syariah Penyelesaian kepada Gejala Sosial’ oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud.

Antara lain, beliau menekankan peri pentingnya pelaksanaan syariah dalam menjaga kehidupan manusia. Kesyumulan syariah yang menjaga asas-asas penting dalam kehidupan manusia seperti agama, nyawa, akal, keturunan (maruah) dan harta menjadikan hidup manusia aman, tenang dan sempurna kerana asas penting dalam kehidupan insan terjamin dan terpelihara. Tanpa pelaksanaan syariat inilah kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Berpunca dari situlah timbulnya permasalahan seperti gejala sosial, penzinaan dan gejala membuang bayi sebagaimana yang berlaku ketika ini.

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang juga ahli jawatankuasa IKRAM Pusat, Dr Harlina Halizah Siraj, dalam penyampaiannya bertajuk ‘Keberkesanan Pendidikan Seksualiti dalam Mendepani Gejala Seksual’ pula menekankan isu-isu utama dalam pendidikan seksual. Menurut pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu, antara perkara yang paling mempengaruhi kefahaman remaja dalam isu seksual bermula daripada keluarga. Dengan mengambil contoh kehidupan di Belanda, beliau berkata, kekuatan pendidikan dan hubungan dalam institusi keluarga telah memberikan impak positif dalam mengawal perlakuan remaja dan membentuk kefahaman yang lebih sihat tentang seksualiti.

Pn Kamaliah Noordin yang merupakan pengetua berpengalaman dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dalam pembentangan ketiga yang bertajuk ‘Pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Islam’ pula telah berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dalam menerapkan pendidikan seksualiti secara holistik dalam sistem pembelajaran di sekolah tersebut. Pendidikan seksualiti yang dilaksanakan bukanlah dalam bentuk satu subjek pembelajaran, tetapi dilaksanakan dengan menerapkan kefahaman dalam subjek-subjek yang berkaitan termasuklah tindakan-tindakan yang berbentuk peraturan di sekolah.

Pada akhir program, para peserta telah dihidangkan dengan sebuah perbincangan dalam bentuk forum yang bertajuk “Pendidikan Seksualiti: Adakah Ianya Satu Penyelesaian” bersama pembentang- pembentang yang tersebut di atas.

Wanita IKRAM dengan sokongan Wanita JIM dan juga Pertubuhan Mawaddah Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar bersempena dengan program ini.

(Sumber: Malaysia Harmoni)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia