Pilihan Raya Turkiye: Kemenangan Rakyat – Erdogan

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah melanjutkan era kepimpinannya kepada dekad ketiga selepas beliau memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua yang sengit. Beliau berpeluang cerah untuk menang apabila Sinan Ogan, calon yang mendapat tempat ketiga pada pusingan pertama, mengisytiharkan sokongannya kepada Erdogan. Erdogan yang juga pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memperolehi 52.18 peratus undi […]
Prinsip Rukun Negara: Dalam Perbezaan Ada Kekuatan

Lumrahnya apabila sentimen perkauman atau agama dimainkan, tandanya gendang pilihan raya semakin dekat. Provokasi ini berulang-ulang dari generasi ke generasi sepertinya ahli politik yang silih berganti dengan sengaja tidak kisah untuk memecahkan perpaduan rakyat sekiranya naratif buruk ini boleh memenangkan kepentingan diri atau parti. Barangkali itu menjadi antara punca setelah 53 tahun Rukun Negara diwujudkan, […]
Mampukah Pita Jadi Perdana Menteri Thailand?

Keputusan pilihan raya umum (PRU) Thailand pada 14 Mei lalu telah menggemparkan negaranya apabila menyaksikan keputusan majoriti rakyat yang telah memilih parti pembangkang prodemokrasi bagi memimpin masa depan Thailand. Tertampak jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan mahu beralih daripada pemerintah junta. Kemenangan ini dianggap sebagai satu harapan yang mampu melonjakkan Thailand ke arah laluan politik […]
The X-Files, Scully Effect dan Minat Bidang STEM

Kemajuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) membuatkan kita dapat merasai hidup yang serba canggih dan mudah. Apa yang dibayangkan sukar dan mustahil suatu ketika dahulu kini sedang dihidangkan dalam dunia masa kini. Dalam era dunia digital ketika ini, penemuan dan kemajuan dalam bidang STEM telah menjadi kunci pembangunan pesat dalam komunikasi, pengangkutan, perubatan, tenaga […]
MAP, UIAM Anjur Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual

KUANTAN – Minggu Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduksi anjuran Malaysians Against Pornography (MAP) pada Sabtu, 13 Mei yang lalu telah dihadiri oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, di sini. Program kali ini dijayakan bersama 20 orang pelajar daripada Persatuan Pelajar Farmasi (IPha), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM. UIAM merupakan rakan strategik […]
Strok Haba: Tanda, Simptom dan Cara Pencegahan

Dehidrasi dan strok haba adalah dua penyakit berkaitan haba yang biasa tetapi boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat. Setakat Ahad lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat cuaca panas. Terdapat satu kes kematian strok haba di Kelantan yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun. Dijangkakan mangsa strok panas akan meningkat sehingga […]