Prinsip Rukun Negara: Dalam Perbezaan Ada Kekuatan

Prinsip Rukun Negara: Dalam Perbezaan Ada Kekuatan | IKRAM

Lumrahnya apabila sentimen perkauman atau agama dimainkan, tandanya gendang pilihan raya semakin dekat.

Provokasi ini berulang-ulang dari generasi ke generasi sepertinya ahli politik yang silih berganti dengan sengaja tidak kisah untuk memecahkan perpaduan rakyat sekiranya naratif buruk ini boleh memenangkan kepentingan diri atau parti. 

Barangkali itu menjadi antara punca setelah 53 tahun Rukun Negara diwujudkan, kita masih membicarakan tentang bagaimana mahu menjadikan rakyat Malaysia yang berbilang etnik, agama, bahasa dan budaya bersatu padu.

Dari sisi sejarah, Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan antara tindakan susulan yang terjadi setelah tragedi  13 Mei 1969 apabila parti-parti politik yang berasaskan kaum mengalami perbalahan sehingga tercetusnya rusuhan berdarah. 

Ekoran peristiwa itu, kerajaan berparlimen pada masa itu digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bagi membaik pulih keadaan.

“Lima rukun yang dilaungkan semua rakyat sejak di bangku sekolah bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup yang demokratik, mencipta keadilan dalam menikmati kemakmuran negara bersama dan memupuk sikap menyelami budaya satu sama lain.”

Demikian ulasan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Noridah Abd Rahim dalam ucapan perasmian forum Bicara Bina Negara ‘Lima Dekad Rukun Negara: Di Mana Perpaduan Malaysia Kini?’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung pada Selasa, 30 Mei. 

Namun, konflik yang melibatkan kepentingan bangsa dan agama sesekali dibangkitkan menguji semangat perpaduan rakyat Malaysia. Menambah buruk lagi keadaan, isu tersebut tidak diurus dengan baik dengan situasi dan fakta sebenar dikelirukan atas tujuan yang berkepentingan. 

Maka menjadi tanda tanya, di mana perpaduan Malaysia kini? Adakah perpaduan yang terjalin ini rapuh atau masih berada pada tahap yang baik, namun boleh dilemahkan mudah melalui mainan politik? 

Usah apikan isu perkauman

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Baharin mengatakan bahawa isu perkauman tidak seharusnya diapi-apikan sehingga memecahbelahkan rakyat. 

Menurut beliau, Rasulullah SAW sebagai ketua pemerintah Madinah yang ulung telah berjaya menguruskan masyarakat Madinah yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang melalui tiga proses iaitu penawaran, rundingan dan perantaraan, sehingga berjaya mewujudkan Piagam Madinah (Sahifah Madinah) yang dipercayai sebagai perlembagaan pertama yang pernah wujud. 

Tambahnya, perlembagaan ini telah melalui ketiga-tiga proses selama dua tahun sehingga akhirnya dapat dipersetujui dan diterima bersama oleh para pemimpin suku kaum dan agama di Madinah.

Hakikatnya, masyarakat Malaysia pelbagai etnik dipenuhi dengan pelbagai kisah masyarakat yang menyentuh hati. Tiada siapa yang akan mengenal pasti kaum mahupun agama ketika mahu menolong mangsa kemalangan di tepi jalan.

Malah, rakyat Malaysia secara beramai-ramai akan bersorak, melompat gembira meraikan kemenangan mana-mana atlet sukan negara yang bertanding di persada dunia. 

Kemajmukan masyarakat Malaysia mampu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan negara selagi rakyat mengamalkan sikap toleransi dan menerima perbezaan itu dengan terbuka. Kita juga masih banyak berkongsi persamaan. Selagi nilai ini diangkat, Malaysia akan terus menikmati keharmonian. 

Keunikan ini juga yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang kagum terhadap kesatuan rakyat negara ini yang masih menghormati undang-undang apabila wujudnya pergeseran sesama sendiri.

Persaingan politik sihat

Jelas sekali, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi tidak akan dapat berdiri atas perpecahan. Akan tetapi, demokrasi di negara ini harus terus dijaga dengan penuh tanggungjawab terutamanya oleh pemimpin di pelbagai peringkat sama ada di peringkat organisasi, komuniti dan negara.

Namun melihat kepada situasi tanah air, medan politik sering kali menjadi seperti kancah peperangan. Apabila suasana menjadi medan perang, tentunya rakyat menerima akibat dan menatijahkan perpecahan serta kehancuran terhadap apa jua perubahan yang dibawa oleh pihak bersengketa, sama ada baik atau buruk. 

Demikian menurut pandangan, Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari PBB (SDSN) Sunway University,Prof Dr Wong Chin Huat.

Prinsip Rukun Negara: Dalam Perbezaan Ada Kekuatan | IKRAM

Sekiranya persaingan politik diuruskan dengan matang, perpecahan yang timbul menjadi konflik yang kelak akan menjadi kekuatan.

Konflik yang timbul mengisytiharkan wujudnya perbezaan dan ia boleh diselesaikan di meja perundingan melalui perbincangan yang mengutamakan penyelesaian demi kebaikan bersama.

Persaingan politik yang sihat akan mengeluarkan sisi terbaik setiap pemimpin, selanjutnya urusan rakyat didahulukan seperti yang sewajarnya.

Beliau mengulas lanjut, apabila dalam politik wujud keadaan kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan, ini menggambarkan amalan budaya politik yang sihat.

Ini bermaksud ruang untuk bekerjasama dan menyelesaikan konflik sentiasa terbuka. Namun menjadi masalah apabila lawan dijadikan musuh.

Menurutnya, pemikiran sebegini akan menyebabkan apa jua usaha kebaikan akan cuba dimonopoli dan orang lain dilabelkan ‘jahat’.

Konflik yang ditimbulkan menyebabkan para pemimpin akan terlalu sibuk menguruskan hal dalaman daripada usaha membangunkan rakyat dan negara, seterusnya melambatkan proses kemajuan negara.

Perbezaan itu kekuatan

Dalam soal mencapai perpaduan negara, sasarannya adalah keperibadian manusia yang seharusnya mewujudkan perpaduan itu melalui toleransi dan penerimaan. 

Perkara ini harus dihayati dalam segenap peringkat dari rakyat hingga ke pemimpin negara.

Prinsip Rukun Negara: Dalam Perbezaan Ada Kekuatan | IKRAM

Ujar Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, perbezaan yang timbul bukanlah semata-mata kerana kita berbilang bangsa, namun merangkumi perbezaan kita sebagai manusia yang berbeza. 

Beliau menegaskan bahawa dalam soal mencapai kesepaduan, prinsip yang harus dipegang ketat-ketat adalah bersetuju untuk setuju dan bersetuju untuk tidak setuju.

Kekuatan sebenar terletak pada perbezaan yang kita ada. Itu adalah rahsia kekuatan negara Malaysia. Raikan perbezaan, gabungkan kekuatan dan hasilnya luar biasa. 

Sepertimana kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Persengketaan merupakan asam garam kehidupan, namun jangan sampai menyebabkan kemudaratan yang merugikan. 

Dipandu lima prinsip Rukun Negara, walaupun berbeza, rakyat Malaysia tetap teguh membina negara tercinta demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Itulah kekuatan kita.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia