The X-Files, Scully Effect dan Minat Bidang STEM

The X-Files, Scully Effect dan Minat Bidang STEM | IKRAM

Kemajuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) membuatkan kita dapat merasai hidup yang serba canggih dan mudah. Apa yang dibayangkan sukar dan mustahil suatu ketika dahulu kini sedang dihidangkan dalam dunia masa kini.  

Dalam era dunia digital ketika ini, penemuan dan kemajuan dalam bidang STEM telah menjadi kunci pembangunan pesat dalam komunikasi, pengangkutan, perubatan, tenaga baharu dan pelbagai lagi. 

STEM membekalkan sumber yang diperlukan dalam mencipta teknologi baru dan menambah baik teknologi yang sedia ada. 

Belajar dalam bidang STEM dapat membina pemahaman manusia terhadap tentang alam semesta dan membentuk masa depan melaluinya. 

Mereka yang ahli dan pakar STEM bertanggungjawab membangunkan teleskop Hubble bagi mengintip keajaiban alam semesta, mencipta Internet yang menjadikan maklumat di hujung jari dan mendorong pemahaman tentang pelbagai penyakit dan menemukan  rawatan perubatan baharu.

Dunia yang sentiasa berevolusi akan bergantung kepada ahli-ahli yang mahir dalam STEM apabila teknologi menjadi semakin luas dan canggih. 

Justeru itu, negara yang mempunyai takungan pekerja yang berkemahiran dan ada kepakaran dalam STEM dapat memacu negara laju ke depan sebagai penyumbang kepada teknologi masa depan dan tidak sekadar menjadi pengguna. 

STEM menarik bukan? Namun, manfaat yang ditawarkan dalam bidang ini masih tidak berupaya menarik jumlah pelajar yang secukupnya.

Tidak ramai pelajar yang menyertai aliran ini apabila sampai ke peringkat seawal menengah atas dan jumlah ini semakin berkurangan apabila mereka memilih bidang pengkhususan di peringkat pengajian tinggi.

Banyak universiti mengatakan mereka mengesan pola penurunan pemintaan pelajar bagi program berasaskan sains dan teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Graduan bidang ini pula tidak semuanya akan bekerja dalam bidang STEM. Tentunya fenomena ini akan memberi implikasi kepada takungan tenaga kerja pakar pada masa depan seterusnya melambatkan perancangan negara bagi mencapai status negara maju.

Hakikatnya Malaysia telah mengimplementasi polisi 60:40 yang mensasarkan 60 peratus pelajar dalam bidang STEM sejak tahun 1967.

Sudah puluhan tahun berlalu dan pelbagai bentuk usaha dilakukan bagi mencapai sasaran polisi ini, namun sehingga kini, kuota ini masih gagal dipenuhi. 

Faktor Yang Membunuh Minat

Pelbagai kajian dilakukan bagi menyelesaikan kemerosotan pelajar dalam aliran ini bagi menemukan formula menarik minat pelajar agar pertimbangkan bidang ini sebagai kerjaya masa depan mereka.

Situasi ini turut membangkitkan persoalan, apa yang membunuh minat pelajar untuk meneruskan pengajian dalam STEM?

Kanak-kanak secara fitrah dilahirkan dan membesar dengan semangat ingin tahu yang tinggi. Mereka membesar sebagai anak muda yang terkenal dengan sikap suka meneroka dan mencabar diri dengan sesuatu yang baru.

Kesulitan yang dilalui tidak mudah dipatahkan apabila diapit oleh rasa minat yang tinggi, bahkan mereka adalah golongan pengguna utama media sosial yang merupakan aplikasi teknologi STEM. 

Dalam keterujaan mencari formula bagaimana hendak menarik minat pelajar kepada STEM, menaikkan aras fikir mereka supaya menjadi kritikal dan bertindak sebagai penyelesai masalah, kita juga harus mencari sebab apa yang membunuh minat pelajar terhadap STEM dari peringkat awal lagi.

Ramai orang beranggapan STEM ini sukar dan bukan untuk semua orang. Kebanyakan pelajar terutamanya yang menghadapi kesukaran dalam sains atau matematik di dalam kelas, percaya mereka tidak beroleh keputusan cemerlang kerana tidak cukup pandai. Ini adalah stigma yang harus diperbetulkan.

Hakikatnya kesukaran yang dikaitkan dengan STEM secara akademik bukanlah fakta yang paling tepat. Menurut penyelidik, pengajaran STEM ini masih kelihatan kurang fleksibel sehingga boleh digarap sebagai sesuatu yang mendatangkan keterujaan berterusan. 

Secara teori, sesuatu yang sukar menjadi mudah apabila ia diulang menjadi sesuatu kebiasaan. Kebiasaan pula akhirnya melorongkannya menjadi mudah dan mahir sehingga kesukaran tersebut hilang.

Ini bukanlah soal untuk menjadi STEM sesuatu yang lebih mudah tetapi soal berkaitan menjadikan STEM lebih mudah diterima. 

Isu ini adalah mengenai mengenali trauma yang terjadi apabila STEM dipercayai sebagai subjek yang terlalu mencabar mental atau dipersembahkan dengan cara yang buruk sehingga meninggalkan kesan yang buruk.

The X-Files dan Scully Effect 

Drama bersiri The X-Files yang pernah popular pada tahun 1990an hingga awal 2000an dahulu telah mewujudkan satu fenomena yang dipanggil Scully Effect kerana berjaya menaikkan minat dan kesedaran kepentingan STEM dalam kalangan penonton setia terutamanya wanita. 

Satu tinjauan telah dibuat terhadap 2,021 responden wanita terpilih oleh J.Walter Thompson Inteliligence iaitu sebuah firma yang mengkhusus dalam data, penyelidikan, trend dan inovasi.

Hasil tinjauan ini mendapati sebanyak 60 peratus penonton setia dalam kalangan wanita berjaya ditingkatkan minat mereka terhadap STEM. 

Dalam pada itu, sebanyak 50 peratus daripada kumpulan wanita yang sama mengatakan watak Scully yang bertanggungjawab menaikan minat mereka terhadap STEM.

Scully yang memegang watak heroin adalah ejen penyiasat FBI yang berlatarbelakangkan pendidikan sains fizik dan perubatan.

Siri drama ini dikatakan telah menyebabkan bilangan wanita yang memulakan kerjaya dalam bidang STEM melonjak dengan ketara berikutan penyiaran X-Files pada awal 1990an. 

Selanjutnya, tinjauan ini mendapat siri  drama The X-Files ini telah berjaya mempengaruhi sekumpulan 43 peratus penonton wanita untuk bekerja dalam bidang STEM.

Bahkan, ia turut menyebabkan 27 peratus kumpulan wanita menyambung pengajian dalam bidang STEM serta meyakinkan 24 peratus wanita memilih STEM sebagai kerjaya pilihan mereka.

Menurut Geena Davis Institute on Gender in Media, hasil penyelidikan sains sosial mendedahkan bahawa watak, imej dan jalan cerita yang ditonjolkan dalam media berupaya membentuk cara kehidupan seharian pengguna secara mendalam. 

Media secara halus atau terang-terangan memberikan ‘petunjuk’ apa yang harus diutamakan dalam hidup, cara menggunakan masa, bagaimana harus membelanjakan pendapatan, siapa yang harus kita cintai dan cara untuk mencintai, panduan mengatasi kesusahan.

Maka tidak pelik apabila fenomena yang dipanggil Scully Effect telah dilaporkan memberikan pengaruh kepada penonton dalam bidang STEM. 

Perlu Penyelesaian

Sudah banyak perbincangan dan kajian yang dilakukan bagi merungkai persoalan terhadap minat yang memudar dalam kalangan para pelajar terhadap STEM. 

Sehingga kini, belum jelas lagi faktor yang menjadi punca sebenar kepada kemerosotan ini. 

Namun, sudah ada beberapa petunjuk yang boleh menjadi panduan untuk merubah keadaan ini agar situasi ini dapat dipulihkan dan mengembalikan semula minat para pelajar terhadap bidang ini. 

Satu penyelesaian holistik dan inovasi baharu pendidikan seharusnya diusahakan oleh pihak kerajaan, sekolah, universiti dan sektor industri di samping galakan ibu bapa bagi meningkatkan minat mereka. 

Ini kerana bakat dan kemahiran dalam bidang ini amat diperlukan sebagai pemacu dalam membina negara Malaysia yang maju selari dengan perkembangan sains dan teknologi, sekali gus menjadi pesaing dan rakan kerjasama di peringkat global. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:

[1] “STEM, STEAM, Make, Dream: Reimagining the Culture of Science, Technology, Engineering, and Mathematics” oleh Christopher Emdin, Ph.D. Hak Cipta 2021 Houghton Mifflin Harcourt.

[2] The Scully Effect: I Want to Believe in STEM – Geena Davis Institute (seejane.org)

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia