Pilihan Raya Turkiye: Kemenangan Rakyat – Erdogan

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah melanjutkan era kepimpinannya kepada dekad ketiga selepas beliau memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua yang sengit. 

Beliau berpeluang cerah untuk menang apabila Sinan Ogan, calon yang mendapat tempat ketiga pada pusingan pertama, mengisytiharkan sokongannya kepada Erdogan.

Erdogan yang juga pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memperolehi 52.18 peratus undi pada pusingan penentu pada 28 Mei menewaskan pesaingnya Kemal Kilicdaroglu daripada Parti Rakyat Republikan (CHP), yang mendapat 47.82 peratus.

Kemenangan Erdogan mendapat liputan meluas media antarabangsa termasuk di Barat. Pilihan raya pada Ahad lalu merupakan pilihan raya penentu selepas tiada calon memperoleh 50 peratus undi pada pusingan pertama, 14 Mei.

Keputusan pusingan tersebut merekodkan Erdogan beroleh 49.52 peratus undian dan Kilicdaroglu memungut 44.88 peratus undi. Lebih 30 parti politik dan lebih 150 calon bebas bertanding bagi memilih presiden negara itu dan 600 ahli parlimen. 

Turkiye mempunyai kira-kira 85 juta penduduk. Seramai 64.1 juta berdaftar sebagai pengundi termasuk lebih 1.76 juta pengundi luar negara dan 4.0 juta pengundi kali pertama. 

Pada pilihan raya pusingan pertama, lebih 55.8 juta rakyat Turkiye keluar mengundi (86.98 peratus), manakala pusingan kedua merekodkan lebih 54 juta keluar mengundi (84.15 peratus).

Pilihan raya kali ini dianggap sebagai yang paling sukar pernah dihadapi Erdogan berikutan krisis ekonomi berpanjangan, tragedi gempa bumi yang mengorbankan lebih 50,000 penduduk, kesatuan pembangkang dalam pilihan raya dan tinjauan pendapat yang mendapati sebahagian besar responden meramalkan kekalahannya.

Walaupun rakyat dipanggil mengundi semula selepas dua minggu pilihan raya awal pada 14 Mei, peratusan keluar mengundi kekal sekitar 85 peratus. Kemenangan Erdogan telah mengejutkan ramai pihak.

Keputusan undian ini menempatkan Erdogan dalam catatan sejarah apabila berjaya melanjutkan pemerintahannya selama 20 tahun untuk tempoh lima tahun lagi. 

Beliau menjadi pemimpin paling lama berkhidmat di Turkiye sejak menjadi Perdana Menteri pada 2003 hingga 2014 sebelum menjadi Presiden hingga kini.

Pengaruhnya terhadap Turkiye telah menyaingi pengasas Republik Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk yang menjadi Presiden selama 15 tahun, antara 1923 hingga kematiannya pada 1938.

“Turkiye adalah pemenang,” kata Erdogan dalam ucapan kemenangannya.

Beliau telah keluar di luar kediamannya di Uskudar, Istanbul dan memberikan ucapan terima kasih kepada orang ramai sambil menyelitkan sedikit nyanyian tanda kemenangan.

“Kita telah menyelesaikan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden dengan kemenangan yang memihak kepada rakyat,” ujar Erdogan.

“Insya-Allah, kami akan layak mendapat kepercayaan anda seperti yang telah kami lakukan selama 21 tahun yang lalu.”

Tambahnya, kesemua 85 juta rakyat negara itu adalah pemenang dalam kedua-dua pusingan pilihan raya pada 14 dan 28 Mei lalu.

Tempoh Pilihan Raya Parlimen dan Presiden selama dua bulan itu menyaksikan kempen dengan persaingan yang getir daripada parti-parti yang bertanding. 

Erdogan berulang kali merujuk lawannya sebagai disokong pengganas atas sokongan yang diberikan oleh parti utama pro-Kurdish, manakala Kilicdaroglu menamatkan kempen dengan menggelar Erdogan sebagai pengecut.

Pilihan Raya Parlimen yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Presiden pada 14 Mei lalu menyaksikan AKP dan parti gabungan Perikatan Rakyat menguasai 323 kerusi dengan memperolehi 49.47 peratus undi, CHP dan parti gabungan Perikatan Negara 212 kerusi (35.01 peratus) dan parti-parti lain 65 kerusi (15.52 peratus).

Kini, parti-parti politik Turkiye mempunyai 10 bulan lagi untuk mengukuhkan tapak mereka bagi pilihan raya tempatan yang akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. 

Yang pasti, Erdogan, AKP dan parti gabungannya, Perikatan Rakyat akan cuba untuk merampas semula bandar-bandar termasuk Istanbul dan Ankara yang telah dikuasai pembangkang sejak tahun 2019.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia