Lawatan Kerja Kementerian Ugama, Pendidikan Brunei di IKRAM

SERI KEMBANGAN – Delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam membuat lawatan kerja ke Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini. Rombongan pegawai daripada kedua-dua kementerian tersebut terdiri daripada tujuh orang yang diketuai oleh Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, […]
MyCARE Salur Sumbangan RM2.6 juta ke Gaza

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah berjaya menyalurkan RM2.6 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk bekalan air bersih, perubatan, pek makanan, makanan panas, selimut dan set duvet. Baru-baru ini, delegasi MyCARE yang diwakili oleh Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta dan Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf telah sampai di Mesir bagi menguruskan bantuan tersebut. […]
Gaza: Gencatan Senjata Hamas-Israel Tercapai

Selepas 46 hari peperangan sengit antara Hamas dan Israel sejak 7 Oktober 2023, kesepakatan tercapai untuk adakan gencatan senjata selama empat hari, menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Luar Qatar. Kerajaan Qatar dan Mesir bersama Amerika Syarikat menjadi pengantara di antara kedua-dua pihak tersebut. Masa permulaan gencatan senjata akan diumumkan dalam tempoh 24 jam Statistik […]
Karnival Keluarga Utuh Madani Tarik 2,000 Pengunjung

SERI KEMBANGAN – Kira-kira 2,000 orang mengunjungi dan memeriahkan Karnival Keluarga Utuh Madani (KKUM) 2023 di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur pada Ahad. Orang ramai mula membanjiri tapak karnival seawal 8 pagi menyebabkan keadaan jalan turut sesak. Slot senaman pagi memulakan acara KKUM dengan kehadiran para ibu bapa dan anak-anak yang […]
Kunjungan Balas IKRAM ke Wisma Huazong Amat Bermakna

SERI KEMBANGAN – Kira-kira 60 ahli daripada delegasi Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diketuai Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin membuat kunjungan balas ke Wisma Huazong (Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia) pada 11 November, Sabtu yang lalu. Pada 2 September 2023, IKRAM menerima tetamu daripada rombongan Huazong yang merupakan gabungan pertubuhan kaum Tionghua terbesar di Malaysia yang […]
Nafkah Keluarga: Dalami Ilmu Secukupnya

SERI KEMBANGAN – Seminar Nafkah Keluarga telah berlangsung pada Sabtu, 11 November di Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), membincangkan situasi kemelut institusi kekeluargaan yang semakin mengasak masyarakat masa kini. Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa […]