Peguam Perjelas Kes Saman Fitnah IKRAM Terhadap Dr Ridhuan Tee

SHAH ALAM – Sambungan perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) terhadap Prof Dr Ridhuan Tee berkenaan tiga penulisan di Facebook beliau pada tahun 2020 telah berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Penulisan-penulisan tersebut bertajuk “Ikramisasi Ketika Wabak Covid19 Melanda”, “Insaflah IKRAM sebelum karam” dan “Kenapa IKRAM begitu baik dengan ultra kiasu, Dong Zong?”

“Proses perbicaraan ini telah berlangsung semenjak tahun lepas dan semua saksi IKRAM (selaku plaintif)  telah memberi keterangan,” kata peguam utama IKRAM, Tuan Awang Armadajaya Awang Mahmud. 

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kes plaintif telah ditutup apabila semua lapan orang saksi bagi pihak plaintif telah memberi keterangan saksi, dan kini keterangan saksi pihak defendan (Prof Dr Ridhuan Tee) telah bermula.

Dr Fuad Salleh telah menjadi saksi pertama pihak defendan semalam dan telah selesai memberikan keterangan. 

Berhubung dengan dakwaan ismaweb dan TV Pertiwi Official bahawa Prof Dr Ridhuan Tee tidak dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan sebelum ini, Awang Armadajaya menegaskan bahawa semua saksi daripada pihak plaintif dan defendan  yang masih belum memberikan keterangan tidak dibenarkan menghadiri sesi perbicaraan saksi-saksi lain.

“Kalau saksi sudah selesai memberikan keterangan, baru boleh (hadir),” ujar beliau. 

Beliau menjelaskan, kes fitnah secara amnya berlaku apabila ada pengucapan atau kenyataan yang mengandungi fakta yang tidak benar dikeluarkan kepada pihak ketiga seperti masyarakat umum yang menjejaskan reputasi pihak yang difitnah.

Pihak difitnah yang menuntut harus membuktikan fitnah ini berlaku sehingga menyebabkan kerugian atau kerosakan pada reputasi dan pihak defendan diberi peluang untuk membela diri.

“Penting fakta-fakta itu dikeluarkan di mahkamah untuk pihak mahkamah menilai dengan baik dan ini adalah perkara yang perlu dalam mana-mana perbicaraan,” kata beliau lagi.

Terlebih dahulu, sebelum tindakan undang-undang dibuat, IKRAM telah mengambil pendekatan untuk bertemu dan berbincang dengan pihak defendan, namun beliau enggan. 

Justeru, IKRAM tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memfailkan Saman Fitnah ini bagi membersihkan semula nama IKRAM dan membetulkan salah faham masyarakat umum terhadapnya.

Perbicaraan semalam akan bersambung semula pada 5, 12 dan 19 Julai 2024 dengan memanggil defendan dan saksi-saksi daripada pihak defendan.

Selain Awang Armadajaya, pasukan peguam yang mewakili IKRAM adalah Marwan Abdullah, Ashwida Abd Samad, Umi Kelathun Abd Ghani dan Syafiqah Abdul Razak.

Sementara itu, pihak defendan diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Ashmadi Othman.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia