Kargo Bantuan Pecah Kepungan Gaza Hujung Mac Ini

SERI KEMBANGAN – Satu misi bantuan kemanusiaan melalui kapal kargo bagi memecahkan kepungan di Gaza bakal dilancarkan tidak lama lagi, menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Semasa ditemu ramah dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada Selasa, beliau berkata, MyCARE merupakan salah satu anggota dalam Freedom Flotilla Coalition (FFC). 

Dr Fauziah memberitahu bahawa FFC telah membeli sebuah kapal kargo yang dipenuhi barang-barang diperlukan dan juga jentera-jentera berat untuk menolong penduduk Palestin membersihkan dan mengemas kesan runtuhan di Gaza. 

“Kapal ini dijadualkan untuk berlayar pada penghujung bulan Mac untuk memecahkan kepungan dan kita memerlukan banyak dana untuk menyokong usaha ini,“ jelas beliau.

Tambah beliau, genosid di Gaza tidak berhenti dan masih berterusan walaupun dengan kedatangan bulan Ramadan, dengan lebih 31, 000 kematian dilaporkan dan 70 peratus daripadanya adalah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. 

“Seramai 13,000 kanak-kanak telah meninggal dunia dan angka kematian ini meningkat pada waktu kita sedang bercakap,” kata beliau.

Lebih mengejutkan, jumlah kematian yang direkodkan ini melebihi kanak-kanak yang terkorban dalam peperangan lain sejak selama empat tahun di seluruh dunia berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Data tersebut menunjukkan sejumlah 12,193 kanak-kanak terbunuh dalam konflik di seluruh dunia antara tahun 2019 dan 2022. 

Menurut Dr Fauziah, taktik kebuluran digunakan oleh rejim Israel sebagai senjata peperangan untuk membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan dan gejala ini telah meragut 20 nyawa.

Beliau yang juga pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) menyatakan terdapat 50,000 ibu yang hamil di Gaza dan berlaku 180 kelahiran pada setiap hari.

“Bayangkan ibu-ibu ini melahirkan anak ketika banyak hospital ranap dan musnah,” ujarnya sambil menambah, kebanyakan ibu-ibu ini terpaksa bersalin dalam khemah yang penuh manusia.

“Khemah ini didiami oleh ramai keluarga yang terdiri daripada puluhan orang,’” jelasnya. 

Keadaan ini menyebabkan para ibu tiada privasi, tiada makanan yang sihat dan air yang bersih dan menyukarkan tempoh berpantang.

“Rakyat Gaza perlukan bantuan yang asas,” ujar Dr Fauziah. 

Mengulas lanjut, beliau mengatakan mereka memerlukan makanan dan minuman yang bersih, ubat-ubatan serta khemah yang baik untuk menggantikan khemah uzur yang digunakan sekarang.

“Insya-Allah, bantuan yang disalurkan akan sampai kerana MyCARE membayar kepada pembekal dari luar Gaza yang akan menyampaikan bantuan tersebut hingga dapat masuk ke dalam Gaza,” ulas beliau.

Rakyat Malaysia boleh menyokong usaha bantuan MyCARE di Gaza melalui pautan mycare.qrd.by/myramadan atau akaun bank CIMB 8602135592 (Rujukan: Ramadan).

Sila hantar bukti pembayaran jika melalui pindahan wang ke http://wasap.my/60166366369  atau [email protected]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia