Ambil Alih Gaza: HIKAM Kecam Kenyataan Presiden Donald Trump

Ambil Alih Gaza: HIKAM Kecam Kenyataan Presiden Donald Trump

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengecam keras kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk negara itu mengambil alih Gaza dan menggesa penduduknya berpindah ke negara Mesir dan Jordan.

Kenyataan itu bukan sahaja mencetuskan kontroversi, bahkan melanggar hak asasi manusia dan peraturan antarabangsa, sekali gus terus menyokong kezaliman yang dilakukan Israel kepada penduduk Palestin di Gaza. Kenyataannya jelas seperti mahu melaksanakan ‘pembersihan etnik’ versi baharu.

Tambahan pula, kenyataan itu merendahkan imej Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia kerana sekadar menurut kehendak Israel, bersekongkol memusnahkan Palestin dan melanggar hak kemanusiaan.

Kenyataan Trump tidak boleh dijadikan alasan untuk mengalihkan perhatian daripada tanggungjawab Israel, Amerika Syarikat dan sekutu Barat dalam konflik ini. Walaupun beliau mungkin cuba mempengaruhi persepsi global, hakikatnya mereka tetap perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan di Gaza, yang jelas melanggar hak asasi manusia.

Jenayah genosid ini bukan sekadar isu politik atau diplomasi antarabangsa, tetapi kemuncak pelanggaran kemanusiaan yang serius. Oleh itu, tekanan global mesti diteruskan melalui saluran perundangan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Masyarakat dunia, termasuk negara Islam dan gerakan hak asasi manusia, perlu memperkukuh usaha menuntut keadilan bagi Gaza melalui sekatan ekonomi dan diplomatik serta sokongan kemanusiaan yang berterusan. Kenyataan mana-mana pemimpin tidak sepatutnya mengaburkan realiti bahawa kezaliman dan jenayah perang mesti terus diadili demi keadilan dan keamanan sejagat.

Oleh itu, atas prinsip kemanusiaan dan keadilan, HIKAM menggesa Presiden Donald Trump agar menarik balik kenyataannya mengenai Gaza dan menghentikan segala bentuk sokongan kepada Israel.

Hakikatnya, Israel ialah sebuah negara haram yang menjajah wilayah sah milik Palestin. Sewajarnya, penduduk Israel yang harus meninggalkan tanah jajahan itu, sementara rakyat Palestin berhak kembali ke tanah air mereka yang asal.

HIKAM juga menggesa negara-negara di dunia dan komuniti antarabangsa yang prihatin dengan isu Palestin supaya terus menekan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya agar menghentikan bantuan kepada Israel.

HIKAM yakin majoriti negara dan komuniti antarabangsa akan menyokong tekanan ini demi membantu dan mengembalikan hak asasi manusia kepada rakyat Palestin.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Presiden Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden WADAH

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden IKRAM

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden ABIM

Dr. Hj Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN

[ENGLISH VERSION]

Take Over Gaza: HIKAM Condemns President Donald Trump’s Statement

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) strongly condemns US President Donald Trump’s statement signalling his intent to take over Gaza and also urging its population to move to Egypt and Jordan.

The statement has not only stirred controversy but also violates human rights and international law and continues to support the injustice that Israel is inflicting on the Palestinians of Gaza. It is a clear statement of intent to carry out ethnic cleansing.

The statement also debases the United States of America’s image as a superpower by simply following Israel’s wishes, colluding to destroy Palestine and breaching human rights.

Trump’s statement must not be used as an excuse to divert attention from the accountability of Israel, the United States and their Western allies in this conflict. While he may attempt to shape global perceptions, the undeniable reality remains that they must be held responsible for their actions in Gaza, which constitute clear violations of human rights.

This genocide is not merely a political or diplomatic issue but the pinnacle of a grave humanitarian crisis. Global pressure must persist through legal avenues such as the International Criminal Court (ICC) and the United Nations (UN) to ensure that justice is served.

The international community, including Islamic nations and human rights movements, must intensify efforts to demand justice for Gaza through economic and diplomatic sanctions, as well as sustained humanitarian support. No leader’s statement should obscure the truth – that oppression and war crimes must be relentlessly prosecuted in the pursuit of justice and global peace.

Hence, HIKAM urges President Trump to withdraw his statement on Gaza and stop all support to Israel, on the principles of human rights and justice.

Israel is fundamentally an illegal state which is colonising land that rightfully belongs to Palestine. It is the Israelis who should leave the land that they have illegally colonised while it is the Palestinians who have the right to return to their homeland.

HIKAM also urges the nations of the world and the international community who are attuned to the issue of Palestine to continue to pressure the United States and its allies to stop aiding Israel in committing its atrocities.

HIKAM is certain the majority of nations and the international community will support aiding the Palestinian people and restoring their human rights.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Presidents of Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman
President of WADAH

Hj. Badlishah Sham Baharin
President of IKRAM

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
President of ABIM

Dr. Hj. Abdullah Sudin Ab. Rahman
President of HALUAN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia