Algoritma Hidup Bahagia untuk Pemula: 7 Faktor Penting

“Yang paling tidak mudah ialah untuk memulakan sesuatu.”

Titik mula sesuatu adalah batu loncatan untuk sebuah permulaan yang akan membawa kepada proses sama ada maju, bertindak, bertangguh, gagal atau batal sehinggalah kepada keberjayaan serta kebahagiaan pada pengakhirannya.

Semua mengidamkan pengakhiran yang baik serta jaya. Jika tiada titik mula, masakan semua ini akan terlaksana? Segalanya bermula daripada pemula! Pepatah lama ada menyebut bahawa untuk melakukan sesuatu yang besar, anda bermula dengan sesuatu yang kecil.

Hampir semua penulisan berkaitan motivasi memberi penekanan terhadap peri penting gerak kerja berfokus dari titik mula! Bermula! Sementelah pepatah mengatakan bahawa setiap permulaan akan ada pengakhiran!

Konsep mula atau pemula bermaksud asal; yang paling awal; yang dahulu sekali; punca atau pangkal (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Konsep start atau start out bermaksud “to move suddenly and violently” (Merriam-Webster); “to begin to happen or to make something begin to happen”; “to do the first part of something to begin doing something” (Britanicca).

Maka dapat kita fahami bahawa konsep mula melibatkan perkara atau urusan berupa memulakan atau berangkat seperti dalam perjalanan atau aktiviti;  untuk muncul atau datang secara tiba-tiba ke dalam tindakan, kehidupan dan pandangan, timbul atau keluar secara tiba-tiba; untuk melompat, bergerak atau meluncur tiba-tiba dari kedudukan atau tempat.

Artikel kali ini membicarakan tentang aspek pemula bagi mencapai kebahagiaan dalam konteks dunia nyata kini, iaitu algoritma bahagia untuk pemula!

Apa itu bahagia?

Bahagia itu subjektif dan objektif bersekali juga holistik pada sifat! ‘Kecantikan adalah pada mata yang melihat.’

Peribahasa berkaitan frasa kecantikan ini memberi lakaran subjektif tentang cantik dan bahagia iaitu perkara yang dilihat oleh seseorang itu cantik atau terpuji mungkin tidak menarik kepada orang lain.

Namun objektifnya aspek ini adalah pada hal mendapatkan bahagia itu sendiri yang secara holistiknya memaknakan bahagia dengan menyeluruh dan pada hakikat yang sebenar (holistik)!

Mudahnya, manusia mendambakan kecantikan dan kebahagiaan dalam seluruh kehidupannya. Maka apakah algoritma sebuah bahagia bagi pemula?

Gurindam Kebahagiaan

Dia yang tidak pernah terhubung dengan keilahian

tidak akan pernah lengkap dalam keperibadian.

Dia yang ingin anaknya merdeka sejak pertama

tidak akan mengikatnya dengan rantai agama.

Dia yang benar-benar mencari jalan kebaikan

akan melarikan diri dari cengkaman kejahatan.

Dia yang ingin memikirkan dirinya sendiri

tidak akan ikut rakyat tapi menjadi mandiri.

Dia yang sangat peduli dengan kesihatannya

tidak akan merosak bumi atau menganiaya haiwanannya.

Dia yang paling bahagia dan dicintai

mengamalkan kebajikan — sepenuh hati mencintai.

(Jacob.C.Moak)

Apakah algoritma?

Tentunya, pembaca pernah mengalami situasi bagaimana menggunakan enjin pencari seperti Google di peranti seperti mencari “kuih raya sedap murah” untuk perayaan bukan?

Nah! Selepas pencarian itu, semua kuih raya sedap murah akan dihamburkan hampir di semua platform pembacaan! Magis bukan?

Tidaklah semagis mana sebenarnya kerana itulah algoritma perkomputeran! Ia telah diformulasikan begitu bagi tujuan pengkomersialan dan jualan produk dan perkhidmatan.

Justeru, algoritma secara literalnya merupakan satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer).

Algoritma juga boleh didefinisikan sebagai cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh ayat: Golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitik yang menggunakan pelbagai teori dan algoritma.

Mutakhir ini, konsep algoritma seringkali diperkatakan dalam perkara media sosial, lebih tepat TikTok! Algoritma TikTok adalah garapan pelbagai faktor yang memungkinkan TikTok menampilkan konten sesuai dengan minat dan preferensi atau kecenderungan pengguna.

Algoritma TikTok bekerja dengan menganalisis sejumlah besar data dan menerapkan teknik pembelajaran, penjanaan dan mesin untuk meramal dan mengaplikasikan konten terhadap kecenderungan serta minat pengguna.

Algoritma ini mempertimbangkan pelbagai faktor seperti interaksi pengguna, informasi video, trend dan kegemaran audiens untuk menentukan visibiliti (kenampakan) konten di For You Page (FYP).

Beberapa hal berkaitan dengan cara kerja algoritma TikTok adalah waktu menonton, jumlah like dan komentar, audio dan hashtag yang digunakan, lokasi dan perangkat yang audiens gunakan serta preferensi audiens.

Konsep algoritma banyak disebut dalam alam perkomputeran dan kejuruteraan seperti diberikan contoh lebih awal tadi! Dalam aspek kemanusiaan, ia mudah difahami sebagai rumus, ramuan dan formulasi!

Algoritma ini bukan konsep baharu. Ia telah lama ada seawal mulanya hidup manusia kerana ramuan, resipi, rumus dan formulasi telah lama wujud dalam alam kehidupan manusia.

Maka, secara teknikalnya, konsep algoritma ini boleh dikatakan sebagai formulasi yang turut boleh diaplikasikan dalam alam kemanusiaan dan bukan perkomputeran dan kejuruteraan semata-mata.

7 faktor penting yang mempengaruhi algoritma bahagia untuk pemula

1. Kualiti konten hidup dan engagement/keterlibatan kendiri

Algoritma bahagia pasti memberi keutamaan kepada aspek kualiti dan relevansi konten hidup dengan menganalisis faktor-faktor seperti tingkat penyelesaian kendiri, kegemaran, respons kendiri, sikap bersosialisasi dan mengambil iktibar diri.

Konten hidup berkualiti tinggi pasti menghasilkan banyak keterlibatan kendiri dan sudah tentu memiliki kemungkinan besar untuk dikordinasikan kepada khalayak atau bidang kehidupan yang lebih luas.

2. Interaksi dan preferensi sosialisasi

Seperti yang sudah dijelaskan di atas, algoritma hidup bahagia mempertimbangkan perilaku kendiri pada masa lalu, seperti pengalaman kehidupan  yang disukai, cara kita menerima serta memberi atau berinteraksi (bersosialisasi).

Dengan merancakkan interaksi, algoritma bahagia akan menilai umpan yang sesuai dengan minat dan preferensi khalayak sosial kita.

3. Pengalaman baharu lebih berpotensi bahagia!

Pengalaman baharu kita biasanya merupakan situasi kita yang terkini dan tidak lebih beberapa hari daripada kehidupan sehari-hari. Jadi pastikan kita mempersiap diri untuk memulakan aktiviti harian dan bersiap sedia untuk “venture” pengalaman baharu.

4. Lokasi dan zon waktu kendiri

Untuk menemukan waktu bahagia terbaik, kita perlu mencari tahu secara detail mengenai lokasi target dan zon waktu kita sendiri. Kemudian sesuaikan dengan jadual serlah diri kita sendiri.

5. Konsisten bahagia setiap hari

Setelah memahami lokasi target bahagia dan waktu aktif kita, maka selanjutnya pastikan rutin harian kita membina dan tidak membinasakan atau membawa mudarat.

6. Literasi dan enkulturasi bahagia

Literasi dan enkulturasi bahagia melibatkan gabungan maklumat/informasi fokus hidup kita berupa keterangan, fokus, keupayaan dan sistem sokongan yang memainkan peranan penting dalam menentukan kemampuan kita mencapai bahagia.

7. Cabaran dan kelestarian bahagia

Mencapai bahagia pastilah tidak mudah dan tidak lekang daripada menghadapi cabaran dan rintangannya. Algoritma bahagia bahkan mampu mengidentifikasi bentuk cabaran yang sedang dilalui dan bertransformasi mencari ruang yang terkait dengan cabaran tersebut.

Inilah yang kemudian dapat meningkatkan peluang bahagia mencapai kelestarian. Paling penting, maksimumkan manfaat sehingga dapat meningkatkan tahap bahagia kendiri dan orang lain.

Ringkas tapi tuntasnya, algoritma hidup bahagia untuk pemula adalah manifestasi cinta dan kasih sayang melalui tindakan, perlakuan dan layanan.

“… bahagia itu sederhana, mudah dan tidak perlu mahal dan susah kerana bersumber daripada dalam diri kita. Esensi bahagia itu berhati tenteram dan damai, tidak diliputi rasa gelisah, galau dan merana. Kerana itu, hidup ini harus dijalani dengan penuh rasa syukur dan optimistis. Sebab, hidup ini anugerah dan peluang terindah daripada Pencipta…” (Muhbib Abdul Wahab)

“…kebahagiaan adalah suatu darjat kebajikan yang tertinggi sekali yang tidak ada lagi suatu jenis kebajikan di atasnya yang lebih tinggi atau lebih berharga daripadanya.” (Al-Farabi)

Dr Rosfazila Abd Rahman
Pensyarah kanan / Penyelidik/ Ketua Pasca Siswazah
Jabatan Pengajian Ketamadunan & Pembangunan Insan, Fakulti Sains Sosial (FSS)
Universiti Islam Selangor (UIS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia