Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Kenangan terindah Mukhayam Sungai Sedim
KAJANG – Setelah berjaya menawan puncak Broga pada 7 Januari 2012, IKRAM Kajang terus menyuburkan aktiviti ahli-ahli usrahnya, kali ini jauh ke utara Semenanjung, pada 4-6 Februari lalu.

Daurah IKRAMTeens: Dimensi baru tarbiah remaja
SEBERANG PERAI UTARA – Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang Pertama telah berjaya diadakan buat julung kalinya untuk tahun ini pada Ahad 15 Januari lalu di Pusat Aktiviti IKRAM Seberang Perai Utara, Sg Dua. Program ini merupakan program sulung 2012 IKRAMTeens Pulau Pinang dalam menyantuni para remaja khususnya.
Ombak Rindu: Membugar keintiman rumahtangga
BANGI – “Program Ikatan Kasih Hingga ke Syurga” (IKHS) anjuran Jawatankuasa Baitul Muslim (JKBM) IKRAM Kajang dengan kerjasama JK Pembangunan Keluarga IKRAM Selangor, JKBM IKRAM Sepang, JKBM IKRAM Hulu Langat dan JIM Hulu Langat serta Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah diadakan dengan jayanya pada Sabtu 14 Januari 2011 yang lalu di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM.

Rehlah Pemuda Hulu Langat himpun tenaga belia
HULU LANGAT – Pada Ahad 8 Januari 2012 yang lalu telah diadakan Rehlah Pemuda bagi IKRAM Hulu Langat di Sungai Manggis di sini. Antara objektif rehlah ini adalah untuk menghimpunkan dan meningkatkan ukhuwwah antara pemuda khususnya tenaga belia yang ada di daerah Hulu Langat di samping memperkenalkan IKRAM kepada pasangan-pasangan belia yang bukan ahli IKRAM.
IKRAM Kajang tawan puncak Broga
KAJANG – Bukit Broga terus menjadi pilihan ahli-ahli dan rakan-rakan IKRAM dalam pendakian amal menuju taqarub Ilahi. Telah ramai yang menyahut cabaran Broga ini kerana ia bukan sekadar keseronokan mendaki, tetapi di sebaliknya terselit unsur perancangan, kerja berpasukan (amal jama’i), mujahadah dan pastinya ukhuwah.

SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara rasmi
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad telah merasmikan penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) dalam Majlis Perasmian dan Hari Induksi sekolah tersebut pada Sabtu 31 Disember 2011 yang lalu. Sekolah yang terletak di Desa Setapak, Wangsa Maju ini adalah sebuah sekolah dengan usahasama antara Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak dengan IKRAM Wilayah Persekutuan.

Aqsa Syarif Selangor anjur Paintball Piala Izzuddin Al-Qassam
GOMBAK – Sempena memperingati serangan kejam rejim Zionis Israel pada 27 Dis 2008, Aqsa Syarif Selangor dengan kerjasama IKRAM Selangor telah menganjurkan pertandingan paintball Piala Izzuddin Al-Qassam bertempat di Rimba Harmonis Paintball pada Sabtu 24 Disember 2011 yang lalu. Nama Izzuddin Al-Qassam pula telah diambil untuk memperingati seorang ulama’ Palestin, Syeikh Izzuddin Al-Qassam yang telah syahid mempertahankan bumi Palestin pada tahun 1935.
Hari Keluarga Hulu Selangor jalin ukhuwah di jalan dakwah
HULU SELANGOR – Kesegaran tapak perkhemahan dengan rimbunan pohon menghijau dan air sungai yang jernih, selain kemudahan asas seperti dewan utama, surau, dewan makan dan bilik air yang agak selesa pasti meninggalkan kenangan manis kepada lebih 150 ahli dan rakan IKRAM bersama keluarga masing-masing yang hadir ke program ‘Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor 2011’ semalam.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co