Aqsa Syarif Selangor anjur Paintball Piala Izzuddin Al-Qassam

Pertandingan ini bertujuan menanam semangat jihad di kalangan aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif di samping melatih suasana kerja berpasukan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulkan 16 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita dengan lebih 150 peserta dari daerah-daerah Aqsa Syarif seluruh Selangor. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan penyertaan satu pasukan daripada rakyat Palestin yang berada di Malaysia. Pelbagai senario perang telah diadakan termasuk menjatuhkan bendera Israel, menegak dan mempertahankan bendera Palestin serta operasi menyelamat tebusan dari kubu musuh.

Apa yang menarik, pasukan wanita telah menunjukkan satu perlawanan yang lebih agresif berbanding pasukan lelaki. Dalam ‘Urban War Game’ misalnya, pasukan wanita berjaya menjatuhkan bendera Israel dan mengibarkan bendera Palestin sekurang-kurangnya 3 kali. Manakala kumpulan lelaki hanya sekali sahaja  sorakan kemenangan kedengaran. Kumpulan wanita melalui pasukan Zainab Al-Ghazali juga telah mengalahkah 22 pasukan lain (termasuk pasukan lelaki) melalui acara menembak tepat. Tahniah buat serikandi Aqsa Syarif Hulu Selangor!

‘War Game’ ini bukan sahaja memerlukan kekuatan dan stamina semata-mata, tetapi strategi perang yang baik. Salah satu babak yang sangat sukar ialah perlawanan kelayakan ke suku akhir di mana bendera perlu dipacak dan dipertahankan selama satu minit di dalam kawasan musuh. Kumpulan Nuruddin Zanqi dari Ampang Jaya di bawah pimpinan Wan Ahmad Nizar (peserta paling senior) telah mengejutkan pihak musuh dengan menyerang bertubi-tubi sebaik sahaja perlawanan dimulakan. Dalam masa yang sama seorang ‘runner’ berlari pecut tanpa membawa senjata menuju ke bendera seterusnya memacak bendera berkenaan. Perlawanan tamat dalam masa 2 minit sahaja dalam keadaan musuh terpinga-pinga. Tahniah Nuruddin Zanqi dengan taktik perang yang sangat mengujakan itu.


Pertandingan sehari ini akhirnya menyaksikan Piala Izzuddin Al-Qassam dijuarai oleh pasukan Briged HAMAS dari Gombak manakala tempat kedua dimenangi oleh Nuruddin Zanqi dari Ampang Jaya untuk kategori lelaki. Pasukan Zainab Al Ghazali dari Hulu Selangor menjuarai kategori wanita manakala tempat kedua dmenangi oleh Kor Amilin dari Klang. Pada masa yang sama pertandingan menembak tepat juga diadakan dan telah dimenangi oleh pasukan Syuhada’ al Muqaddis dari Gombak. Yang Dipertua IKRAM Negeri Selangor, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail telah menyampaikan ucapan penutup dan hadiah serta piala pusingan kepada para pemenang.

Penghargaan seharusnya diberikan buat Aqsa Syarif Selangor, IKRAM Selangor, Aqsa Syarif Gombak dan IKRAM Gombak, Kem Komandan War Game, Syed Radzi Syed Sakkaf dan para fasilitator yang bertugas dengan penuh sabar menghadapi karenah peserta. Kelihatan para peserta sangat teruja dan menunggu-nunggu program seumpama ini diadakan lagi. Semoga semangat juang Izzuddin Al-Qassam membebaskan Al-Aqsa mengalir di kalangan peserta paintball, insyaAllah.

Sumber gambar:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.320303917993283.88945.107299275960416&type=1

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia