Kenangan terindah Mukhayam Sungai Sedim

Mungkin terlalu lama masa diambil untuk merangkumkan laporan Mukhayam 2012 anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM daerah ini. Penghalangnya bukan ketandusan idea, tetapi kesukaran mengungkapnya supaya mukhayam ini benar-benar menjadi kenangan paling indah. Sekurang-kurangnya bagi 28 orang ikhwah yang komited menjadi peserta, mukhayam di Sungai Sedim, Kedah ini barang kali boleh disifatkan antara yang terbaik pernah dirasai.

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Para peserta bertolak dari Sekolah Sri Al-Amin Bangi pada jam 1.00 pagi, Sabtu 4 Februari dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Setelah berhenti rehat di hentian R&R Sungai Perak serta solat Subuh di hentian sebelah Bukit Gantang, bas akhirnya memasuki kawasan perkhemahan dalam daerah Kulim itu kira-kira jam 8.00 pagi.

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg SedimMukhayyam IKRAM Kajang ke Sg SedimMemang benar ukhuwah itu indah dan menjadi teras kegemilangan ummah. Mukhayam ini meleburkan jurang generasi antara yang muda dengan yang lama.

Aktiviti bersama selama tiga hari dua malam berjaya membina keintiman antara peserta. Empat kumpulan dibentuk berdasarkan nama peperangan (Yarmouk, Khaybar, Hittin, Fateh) dengan setiap satunya dianggotai tujuh peserta. Setiap kumpulan ditugaskan membuat pembentangan tentang sejarah nama kumpulan masing-masing. Memang agak mencabar kerana tiada akses internet di tapak perkhemahan, dan kalau ada pun jika kebetulan membawa tab atau telefon pintar, ada jalur lebar tanpa wayar dan bateri masih berkuasa (bateri hanya boleh dicas pada waktu malam menggunakan kuasa elektrik yang dibekalkan generator).

Tugasan lain adalah menghafaz dua potong hadis dan membaca sejuzuk al-Quran sehari. Di sinilah keunikan mukhayyam terserlah. Kesungguhan peserta menghafaz hadis dan mendampingi al-Quran menjadikan suasana mukhayyam bagaikan pada bulan Ramadan. Pada masa-masa tertentu terutama sebelum dan selepas solat, tidak terkecuali waktu dinihari ketiga melakukan hirasah, ada sahaja peserta yang bertilawah dan melancarkan hafazan hadis.

Namun aktiviti lasak tetap menjadi kemestian mana-mana mukhayyam. Dengan bayaran serendah RM150 seorang, Mukhayyam 2012 IKRAM Kajang benar-benar mengujakan dengan aktiviti Jungle Trekking, White Water Rafting, Abseiling, Night Walk, Blind Train, Tubing, Tree Top Walk, Paintball, Mini Explorace dan apa lagi kalau bukan mandi di air terjun dan sungai!

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mungkin catatan ala travelog ini tidak perlu berjela-jela kerana gambar-gambar yang dipaparkan sungguh menepati ungkapan “Sekeping gambar boleh bercerita seribu perkataan”.

Tahniah kepada IKRAM Kajang khususnya Yang Dipertuanya Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Salehan Ayub, Pengarah Mukhayyam 2012 Sdr Rosli Mat Ali dan semua peserta yang terlibat.

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim

Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim Mukhayyam IKRAM Kajang ke Sg Sedim


Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia