Ombak Rindu: Membugar keintiman rumahtangga

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke SyurgaProgram yang julung kali diadakan ini adalah antara usaha-usaha untuk membina keluarga duat (pendakwah) impian. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof Ir Dr Hj Kamal Nasharuddin bin Mustapha, YDP IKRAM Kajang. Beliau telah menyentuh mengenai beberapa fenomena kekeluargaan yang berlaku dan isu-isu berumahtangga masa kini. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Prof Madya Dr Fazilah Idris, yang mewakili Pengarah, Pusat Pengajian Umum (PPU), UKM atas sokongan dan kerjasama serta usaha-usaha berkaitan tangungjawab sosial yang turut mereka sumbangkan.

Ucaptama bertajuk “Ombak Rindu” yang telah disampaikan oleh Dr Hafidzah Mustakim, membugar rasa keintiman para peserta yang duduk berpasangan dalam dewan yang selesa itu. Antara perkara-perkara yang beliau sentuh adalah berkaitan persoalan betapa pentingnya setiap pasangan berusaha secara berterusan untuk memelihara kesejahteraan dan kebahagiaan berumahtangga; di samping perlunya memupuk keintiman rumahtangga.

Beliau juga menekankan perlunya setiap pasangan menjauhi anasir-anasir atau tanda-tanda awal yang boleh membawa kepada keruntuhan “bahtera” yang telah dibina. Madrasah Ummu Sulaim dan kisah cinta Lathifah (isteri Imam Hassan al Banna) yang disisipkan dalam penyampaian beliau, perlu kita contohi.

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga

Seterusnya Forum: “Keprihatinan & Kebahagiaan Rumahtangga: Adakah Masih Segar?” yang dikendalikan oleh Pn Zuraidah Kornain bersama tiga orang panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Alias Othman, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Prof Dr Najibah Mohd Zin, memantapkan pengisian program pada hari tersebut. Berbagai persoalan telah dikemukakan dan berjaya dirungkai oleh mereka.

Ustaz Hasanuddin menghurai dari segi kepentingan ikatan mawaddah wa rahmah (kemesraan dan kasih sayang) dengan pasangan dan tiga ciri manusia yang perlu digunakan mengikut kesesuaian: A (Adult), P (Parent) dan C (Child). Dr Najibah pula mengupas tentang keperluan menangani isu-isu poligami jika ia berlaku: tanggungjawab fizikal (kewangan, harta sepencarian dan lain-lain) dan batin dan prosedur undang-undang yang berkaitan. Manakala tokoh berwibawa, Ustaz Alias pula menekankan isu-isu kemanusiaan apabila berhadapan dengan konflik: mengurus kewangan dan hubungan kekeluargaan dengan bijak serta menjauhkan diri daripada menjadi suami isteri yang nusyuz.

Beberapa persoalan juga dikemukan oleh para peserta dan dirungkai oleh para panel. Memaafkan dan melupakan detik-detik hitam dalam kehidupan berumahtangga adalah satu nikmat dan ia boleh dilakukan dengan syura dan muhasabah. Prosedur perundangan mengenai poligami di kebanyakan negeri adalah jelas dan adil bagi kedua-dua pihak namun terdapat banyak kes yang berlaku di luar pengetahuan Mahkamah Syariah. Kepentingan kedua pasangan untuk mencorakkan gaya hidup yang sederhana dan ‘biah yang solihah’ (suasana yang baik) juga ditekankan.

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga

Forum diakhiri dengan kesimpulan oleh ketiga-tiga panelis. Para peserta diseru untuk memikirkan sedalam-dalamnya apabila ingin berpoligami. Mereka juga diseru untuk sama-sama berfikir akan kesan-kesan negatif yang menimpa keluarga yang menghadapi keretakan rumahtangga dan mengesyorkan ia diselesaikan dengan menghayati syura dan konsultansi. Para peserta juga digesa untuk sentiasa berterus terang dengan pasangan dan menghargai antara satu sama lain terutama dari segi pengorbanan masing-masing. Janganlah nikmat ingin sentiasa bersama hanya diimpikan setelah pasangan kita benar-benar “kehilangan”.

Pendaftaran program telah bermula seawal 8.15 pagi di mana seramai 175 peserta telah hadir. Mereka terdiri dari 70 pasangan dan selebihnya hadir tanpa pasangan. Menariknya, program kekeluargaan yang julung-julung kalinya ini dihadiri oleh sebilangan besarnya kaum lelaki. Acara telah diselang-seli dengan penyampaian hadiah kepada pasangan atau peserta bertuah.

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga

Sebanyak sepuluh hadiah telah disediakan untuk mereka yang bertuah mengikut kriteria-kriteria yang telah ditentukan. Tahniah kepada mereka-mereka yang bertuah khususnya Ir Mohd Fuad Abbas dan Hjh Salamiah Din dari IKRAM Sepang yang telah dinobatkan sebagai pasangan bertuah berpakaian sedondon yang paling intim dan cocok dalam majlis tersebut. Pasangan lain yang menerima penghargaan penganjur adalah Hj Ahmad Jamali Sepihie dan Hjh Rohida Jamaludin (paling awal mendaftar), Prof Dr Mahamod Ismail dan Pn Zaiton Abdul Ghani (paling awal sampai), Hj Mohamad Deris (usia perkahwinan yang paling lama – 38 tahun; beliau bagaimanapun hadir bersendirian) dan Safwan Ruslan dan Afif Amalina Abu Fitri (paling jauh yang hadir – dari Kemaman, Terengganu).

Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga Ombak Rindu Ikatan Kasih Hingga Ke Syurga

Majlis berakhir hampir pukul 2.00 petang dengan seribu satu harapan daripada pihak penganjur agar usaha membangunkan keluarga du’at impian dapat direalisasikan. Semoga Program IKHS seperti ini akan dapat dianjurkan berterusan. Natijah membentuk keluarga yang sejahtera dan diredhai dialam kalangan ahli IKRAM, insya-Allah dapat direalisasikan dengan menghadiri program-program sentuhan rasa dan motivasi seperti Program IKHS ini.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia