SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara rasmi

SRIAAWP ini dipengerusikan oleh Ir Hj Indera Luthfi OK Rahmat sementara Guru Besarnya yang pertama ialah Puan Wan Norsiah Mohamed. Untuk sesi 2012, pelajar yang telah mendaftar dengan SRIAAWP berjumlah 106 orang di mana seramai 83 orang pelajar Tahap 1 dan 23 orang pelajar Tahap 2.

Kehadiran ibu bapa pelajar amat menggalakkan. Majlis diserikan oleh kumpulan Nasyid dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Alunan Firdausi Entertainment turut beraksi memeriahkan majlis. Pada malam keesokannya, majlis solat hajat diadakan di SRIAAWP memohon keselamatan dan keberkatan daripada Allah supaya dimudahkan urusan mendidik generasi muda dengan tarbiah Islamiah.

Sekolah tersebut turut menyediakan pusat penjagaan murid yang dinamakan “Al-Amin Early Childhood Centre”. Pusat ini diwujudkan untuk murid yang akan berada di sekolah selepas tamat waktu sekolah, dengan menyediakan pelbagai program yang lebih berbentuk softskill kepada murid.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Dr Omar Yaakob turut mengucapkan tahniah kepada IKRAM Wilayah Persekutuan  di atas penubuhan SRIAAWP. Menurut beliau, IKRAM melalui MUSLEH telah meletakkan sasaran penubuhan tiga sekolah baru pada tahun 2010-2011.

Sasaran tersebut telah tercapai di mana sepanjang tahun tersebut, selain SRIAAWP, tiga buah sekolah baru ditubuhkan iaitu Sekolah Rendah i-Musleh di Melaka, Sekolah Rendah Islam Aman di Wakaf Baru, Kelantan dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin di Kuching, Sarawak.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia