Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

R4G: 700 berkayuh untuk Gaza
JOHOR BAHRU – Pada Sabtu 1 Disember yang lalu, buat julung kalinya Aqsa Syarif Johor telah menganjurkan Ride For Gaza (R4G) di Dataran Bandaraya Johor Bahru, dengan penyertaan lebih 700 pengayuh basikal bagi mengumpul sumbangan untuk Gaza.

Karnival Kanak-Kanak Silang Budaya pupuk muhibbah antara kaum
PUCHONG – Wanita IKRAM Subang Jaya dengan kerjasama Wanita IKRAM Selangor dan JK Pengurusan Permai Villa telah mengadakan Karnival Kanak-Kanak Silang Budaya pada Ahad 2 Disember 2012 Permai Villa, Persiaran Puchong Permai di sini.

Daerah terbaru, IKRAM Hulu Perak ditubuhkan secara rasmi
GERIK – IKRAM daerah terbaru, IKRAM Hulu Perak telah mengadakan secara rasmi Mesyuarat Penubuhan Daerah (MPD) tersebut pada Ahad 1 Disember 2012 di Kolej Komuniti Gerik, setelah diluluskan penubuhannya pada 20 September yang lalu.

Karnival Kebajikan Saff One untuk orang asli, anak yatim
JOHOR BAHRU – Karnival Kebajikan Saff One anjuran IKRAM Daerah Johor Bahru Tengah (JBT) telah diadakan pada 24-25 November yang lalu, dimulai dengan persembahan ‘unplugged’ mereka semasa slot Halaqah Mingguan pada malam sebelumnya.

Lebih 250 aktivis IKRAM sertai Street Dakwah anjuran MAIS
SHAH ALAM – Pada 24-25 November 2012, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama IKRAM Selangor, Islamic Information Services (IIS) dan beberapa NGO Islam telah berjaya mengadakan Seminar Cabaran Da’ie Kontemporari 2012 dan Program Jelajah Keamanan atau “Street Dakwah”.

Gaza: IKRAM, Aqsa Syarif demo di Terengganu
KUALA TERENGGANU – IKRAM Terengganu dan Aqsa Syarif Terengganu telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan dan perarakan aman Selamatkan Gaza di Masjid Negeri, Masjid Abidin di sini pada Jumaat lalu, 23 November 2012 bersamaan 9 Muharam 1434 H.

Networking Hi-Tea Wanita IKRAM Hulu Langat
BANGI – Pada Sabtu 24 Nov 2012 lalu, telah berlangsung majlis “Networking Hi-Tea” Wanita IKRAM Hulu Langat di Dewan Bankuasi, Bangunan Canselori, UKM yang dirasmikan Ketua Wanita IKRAM Selangor, PM Dr Roohaida Othman.

IKRAM bantu mangsa banjir di Sepang, Kuala Langat
DENGKIL – Pada 11 November yang lalu, IKRAM Kajang dengan kerjasama IKRAM Sepang telah menyampaikan 84 pek bantuan banjir yang berupa peralatan ibadat kepada mangsa banjir di dua buah pusat pemindahan banjir itu iaitu di Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil dan Dewan SRJK (C) Dengkil.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co