Networking Hi-Tea Wanita IKRAM Hulu Langat

Majlis bertujuan untuk beramah mesra dan membina hubungan antara pelbagai organisasi wanita di sekitar Bandar Baru Bangi, mewujudkan wadah untuk berkongsi dan bertukar pandangan dan menjalin kerjasama strategik untuk memartabatkan wanita, khususnya di daerah Hulu Langat.

Majlis telah dirasmikan oleh yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan pengenalan IKRAM oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Hjh Zuraidah Kornain.  Majlis juga turut diisi dengan pembentangan ringkas oleh wakil-wakil NGO dan persatuan yang hadir. Sebanyak 16 NGO dan persatuan telah dijemput dan 12 daripadanya telah hadir.


Antara yang telah dijemput ialah Surau An-Nur Seksyen 1 (Bandar Baru Bangi – BBB), Pengasas SusuIbu.com, Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH), HELWA ABIM Bangi, Surau Abdul Rahman Auf, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), PELITAWANIS TNB cawangan UNITEN, Nisa’ Serdang, Surau Al-Kauthar, Masjid Al-Hasanah, Persatuan Penduduk BBB, Dewan Muslimat Pas Serdang, SUKMANITA UKM, HELWA PKPI TNB BANGI dan HALUANITA Hulu Langat.

Pada akhir sesi, semua peserta telah bersepakat mengeluarkan satu resolusi bersama, iaitu menyokong usaha menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat khususnya wanita dan kanak-kanak di Palestin, Syria dan Arakan DAN turut menyokong resolusi forum peranan NGO dan surau dalam merealisasikan Bangi Bandar Ilmu pada 1 Mac 2009 seperti berikut:

  • Memperkemas jaringan kerjasama antara semua NGO
  • Mewujudkan saluran komunikasi antara semua NGO
  • Menggerakkan insitusi keluarga bermula dengan program parenting dan kemahiran keibu-bapaan dan
  • Mempertingkatkan peranan muslimat

Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin ke arah pelbagai kerjasama dimasa akan datang dan seterusnya berjaya mewujudkan barisan pendokong syariat Allah di peringkat daerah Hulu Langat.

Sumber: http://ikramhululangat.blogspot.com/2012/11/networking-hi-tea-ngo-ngo-wanita.html

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia