Daerah terbaru, IKRAM Hulu Perak ditubuhkan secara rasmi

IKRAM Hulu Perak merupakan daerah ke-70 Pertubuhan IKRAM Malaysia. MPD IKRAM Hulu Perak telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Perak, Prof Madya Dr Hj Fakhruldin Mohd Hashim. Turut hadir ialah Setiausaha IKRAM Perak, Abdul Aziz Wok Ghazali, YDP IKRAM Kuala Kangsar, Hj Adlan Ubat, Setiausahanya Hj Samsuri Mat serta lebih 20 orang ahli IKRAM dan para pemerhati.

Gambar dari kiri: YDP IKRAM Perak, semasa mesyuarat dan YDP IKRAM Hulu Perak

Majlis perasmian diikuti dengan nyanyian lagu IKRAM oleh ahli dan pemerhati yang hadir dan seterusnya persembahan aktiviti dan program yang telah dan sedang dijalankan semasa bergerak di bawah daerah IKRAM Kuala Kangsar.

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa KRAM Daerah Hulu Perak setelah diadakan pemilihan:

Pengerusi Tetap : Hj Mohd Hardi Malik
Yang Di Pertua : Abdul Karim Abdullah
Timbalan Yang Di Pertua : Hj Rasidi Yamin
Ketua Wanita : Noraini Noordin
Setiausaha : Zulhisham Mohamad
Bendahari : Hj Nursery Abdullah Nawani
Penolong Setiausaha : Hj Ahmad Zaki Mohd Hassan

AJK :
1. Hjh Harmila Zainal Abidin
2. Dr Muhamad Fadli Khairie
3. Che Murni Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira :
1. Dr Nur Balkis Zahirah Ali
2. Nurul Fatihah Mohd Razali

Semoga dengan bertambahnya cawangan IKRAM, bertambah juga aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan di bumi Malaysia, insya-Allah.

Gambar: FB IKRAM Hulu Perak

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia